Travel Checklist – 10 Perkara Penting Sebelum Travel

Melakukan travel checklist adalah sesuatu perkara yang penting. Hafal informasi-informasi berikut dan jadikan ia perancangan anda: Sesebuah perjalanan atau aktiviti melancong yang baik adalah hasil daripada perancangan yang baik.

Ini tertakluk kepada mana-mana aktiviti melancong, namun ianya sangat-sangat perlu dilakukan terutama jika destinasi pelancongan anda adalah di negara luar.

Ianya boleh membuatkan anda terasa teruja – menempah tiket dan mulai menggambarkan percutian yang bakal anda alami, namun harus diingat, ada kerja yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.

Sebagai tambahan kepada perancangan anda, setiap percutian yang jauh dari rumah memerlukan tempat penginapan, restoran untuk makan, aktiviti untuk dilakukan, dan sebagainya.

Juga kadar panggilan telefon antarabangsa dan kajian tambahan bagi mengelakkan sebarang tekanan semasa menikmati pelancongan di destinasi anda.

Namun anda amat bertuah kerana kami telah memecah-mecahkan ke semua informasi ini kepada 10 poin penting yang akan membantu menjayakan aktiviti pelancongan antarabangsa anda.

visa

1. Semak pasport anda dan mohon visa-visa yang perlu

Walaupun ianya tidak perlu untuk anda menghafal tarikh tamat tempoh pasport anda, namun begitu adalah sangat penting untuk anda menyemak dan mengesahkan bahawa anda tahu di mana pasport disimpan serta tarikh tamat tempoh pasport-sebelum anda membuat sebarang perancangan untuk melancong ke luar negara.

Secara umumnya, anda perlu pastikan pasport sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki negara asing.

Meskipun ada sesetengah negara yang membenarkan untuk masuk dengan tempoh yang kurang dari enam bulan; sila rujuk laman web Jabatan Imigresen Malaysia (www.imi.gov.my) untuk maklumat penuh.

Jika tarikh tamat tempoh pasport telah hampir iaitu dalam tempoh enam bulan dan ke bawah, anda perlu memperbaharui pasport bagi perjalanan antarabangsa seterusnya.

Meskipun ianya bukanlah keperluan, visa pelancong diperlukan untuk melawat ke kebanyakan negara-negara di dunia, dan proses permohonan berbeza-beza dari negara ke negara.

Jika anda memiliki pasport Malaysia, laman web Jabatan Imigresen Malaysia adalah sumber terbaik untuk menentukan jika anda perlu memohon visa pelancong berdasarkan negara-negara yang anda bakal kunjungi dan tempoh masa yang anda peruntukkan kepada setiap negara terbabit.

Adalah penting untuk anda mengambil perhatian bahawa memohon visa boleh menjadi satu proses yang memakan masa dan mahal, jadi adalah penting untuk anda mendapatkannya secepat mungkin.

Sesetengah negara, seperti China, menawarkan multiyear visa yang membenarkan anda untuk masuk dan keluar secara berulang-ulang.

Jadi dalam situasi anda perlu kembali ke sesebuah negara lebih awal dari yang dijangkakan, multiyear visa pastinya amat menjimatkan masa dan wang anda untuk jangkamasa panjang. (Kemaskini : Visa ke China telah berubah dan lebih ketat ketika ini)

vaksin

2. Dapatkan vaksinasi dan bawa bersama ubat yang perlu

Bergantung pada di mana anda merancang untuk pergi melancong, anda mungkin memerlukan vaksinasi atau ubat tertentu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pelbagai jenis penyakit tempatan di destinasi pelancongan anda.

Untuk mendapatkan maklumat cadangan perubatan paling komprehensif dan terbaru, semak laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

(Malaysia Ministry of Health/Travel with good health and protection)
http://myhealth.gov.my/index.php/en/prime-years/travel advisory/travel-with-good-health-a-protection

Di samping itu, jika anda secara rutin mengambil apa-apa ubat preskripsi, pastikan anda memiliki jumlah ubat-ubatan yang cukup meliputi tempoh masa perjalanan anda supaya anda tidak kehabisan ubat ketika anda berada di luar negara.

Akhir sekali dan yang paling utama sekali, jika anda ke mana-mana kawasan terpencil-adalah bijak untuk membawa bersama ubat bukan preskripsi juga, aspirin (Panadol), Imodium, dan lain-lain yang mungkin sukar untuk didapatkan.

Masukkan ini dalam travel checklist anda pasti anda berterima kasih kemudian hari dengan artikel ini.

Membawa Ubat-Ubatan Ke Luar Negara

3. Semak untuk amaran/ nasihat perjalanan dan daftarkan perjalanan anda

Sebelum anda melancong ke luar negara, buat semakan di laman web Kementerian Luar Negeri untuk sebarang peringatan atau amaran perjalanan dan nasihat yang mungkin diperlukan untuk perjalanan anda.

Selain itu, anda boleh rujuk kepada agensi-agensi pelancongan bagi maklumat serupa. Wujud keadaan di mana negara Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya ke negara tertentu seperti negara yang mengalami peperangan dan sebagainya.

Adalah penting untuk anda membuat semakan ini sebelum anda menempah tiket pelancongan dan sebelum anda berlepas.

Untuk travel checklist ini, anda digalakkan untuk menangguhkan perjalanan sekiranya negara destinasi anda mengalami ancaman pengganas atau mana-mana aktiviti keganasan.

Anda boleh bertanya kepada Kementerian Luar Negeri jika mereka memiliki sebarang program perhubungan kecemasan ala-ala Program Smart Traveller Enrollment Program (STEP) yang terdapat di Amerika.

Hal ini di mana ia memudahkan Kementerian Luar Negeri untuk membantu anda sekiranya berlaku kecemasan.

Begitu juga, tuliskan alamat dan nombor telefon mana-mana kedutaan Malaysia atau konsulat di destinasi yang bakal dikunjungi; jika wujud sesuatu keadaan yang anda mungkin perlu menghubungi mereka.

Tambahan: Kadang-kadang, cuti diluar negara adalah amat menyeronokkan apabila anda akan menikmati percutian empat musim di luar negara.

Musim-musim ini tiada di Malaysia, tetapi jangan terlalu seronok kerana cuti anda boleh bertukar mimpi buruk.

Sebagai contoh musim salji pada suhu yang melampau atau ribut salji boleh merosakkan segala-galanya. Mana mungkin untuk melancong jika lokasi percutian dalam darurat cuaca buruk.

Pastikan anda menyemak ramalan cuaca negara percutian anda bagi mengurangkan risiko kerugian.

Sediakan Wang Anda

4. Travel Checklist Mustahak – Sediakan Wang Anda

Travel Checklist seterusnya ialah wang! Ya wang seperti kita sedia tahu. Tapi adakah anda telah melakukan perkara yang betul?

Sebelum anda ke luar negara, hubungi bank dan pembekal kad kredit untuk memberitahu mereka di mana anda akan berada pada sesuatu tempoh.

Hal ini kerana, dalam sesetengah keadaan, jika syarikat-syarikat pembekal kad kredit ini mengesan caj asing tanpa notis bahawa anda berada di luar negara, mereka mungkin akan membekukan kad anda, yang mana agak melecehkan sekiranya anda sedang berada dalam kedai atau cuba untuk melakukan pembayaran makan malam.

Sebelum melakukan perjalanan di peringkat antarabangsa, semak kadar pertukaran wang dan ketahui berapa julat harga barangan yang anda ingin beli.

Supaya tidak kira di mana anda pergi, anda tahu serba sedikit berapa yang anda perlu belanjakan kelak.

Jika anda ingin mendapatkan cek kembara, lakukanlah. Namun harus anda tahu bahawa cek kembara tidak diterima secara meluas dan kadar pertukaranya jauh lebih tinggi berbanding kadar pertukaran yang anda boleh dapat di mesin ATM, tidak kira di mana anda berada di dalam dunia.

Sekarang amat mudah untuk melakukan transaksi jual beli, dengan teknologi wang digital seperti kad debit, kad kebit dan wang atas talian seperi Paypal, pastinya wang anda lebih selamat dan mudah.

10 Perkara Anda Perlu Lakukan Sebelum Bercuti Luar Negara

5. Buat salinan dokumen perjalanan anda

Travel checklist untuk yang ini tersangat-sangat penting! Pastikan anda wajib melakukan tindakan ini.

Paling penting sekali adalah untuk anda memiliki sekurang-kurangnya satu salinan berwarna halaman ID pasport anda, dan menyimpannya di tempat yang selamat dan berasingan dari pasport sebenar anda.

Anda juga perlu membuat salinan mana-mana visa yang berkaitan dengan perjalanan semasa anda.

Rekod tempahan hotel, tiket pengangkutan, dan semua dokumen perjalanan juga perlu memiliki salinan tersendiri.

Di dalam era digital ini, adalah sangat mudah (dan mesra alam) untuk anda memiliki sekadar salinan digital dokumen-dokumen penting ini.

Ianya sudah cukup, namun pastikan ianya disimpan dalam telefon pintar anda dan bukannya sesuatu yang memerlukan akses internet untuk dibuka.

Juga, jika anda perlu menyimpan maklumat yang mungkin sulit (seperti salinan pasport anda) di dalam telefon pintar anda atau di dalam inbox emel anda, pastikan kata laluan anda adalah cukup selamat dan kuat dari ancaman penceroboh.


Artikel Menarik : Trik Travel Popular : Memudahkan Percutian


6. Dapatkan Permit Memandu Antarabangsa

Perjalanan antarabangsa yang anda impikan tidak akan berjalan dengan lancar jika anda tidak merancang sebaiknya.

Ini kerana di kebanyakan negara ianya adalah salah di sisi undang-undang untuk memandu tanpa lesen memandu yang sah dan juga tanpa memiliki insurans, serta tidak semua pemandu berada di sebelah kanan kereta dan tidak semua berada di laluan kiri jalan.

Agensi sewaan kereta biasanya menawarkan insurans, namun untuk lesen memandu, anda perlulah mendapatkan Permit Memandu Antarabangsa, samada di mana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Adalah bijak untuk membiasakan diri dengan undang-undang memandu tempatan negara destinasi anda. Hubungi kedutaan asing untuk peraturan rasmi dan peraturan-peraturan berkenaan memandu.

Peralatan Elektronik Semasa Travel

7. Dapatkan semua peralatan yang diperlukan untuk elektronik anda

Adalah perlu untuk anda ketahui bahawa perkakas-perkakas elektronik adalah berbeza-beza di seluruh dunia.

Sebagai contoh, soket di negara Malaysia mungkin memiliki tiga lubang manakala di negara asing, hanya ada dua lubang sahaja.

Jika ingin mengecas barangan elektronik negara kita, mungkin akan menjadi satu kesukaran yang amat besar ketika berada di negara luar.

Pertaruhan terbaik anda adalah untuk membeli sebuah penyesuai dengan tetapan yang berbeza yang mana boleh disesuaikan dengan kebanyakan barangan elektronik.

Jadi anda hanya perlu memikirkan tentang satu penyesuai berbanding satu persatu penyesuai bagi setiap negara berbeza.

Kebiasaannya, jika anda terlupa membeli penyesuai soket ini, lazimnya di dalam penerbangan ada dijual tetapi pada harga jauh lebih mahal tentunya.

Anda juga perlu menyemak kekuatan arus elektrik di mana sahaja anda pergi dan memastikan peranti anda adalah sesuai – biasanya melibatkan telefon bimbit dan komputer riba.

Jika anda memiliki peranti yang tidak bersesuaian dengan kekuatan arus eletrik yang ada, maka anda perlulah mendapatkan transformer atau tinggalkan sahaja peralatan tersebut dari aktiviti pelancongan anda.

Akhir sekali, jika anda tidak memiliki peranti-peranti ini, adalah berbaloi untuk melabur pengecas telefon mudah alih dan bateri ganti yang boleh dicas dan digunakan untuk telefon, kamera, dan bahan-bahan elektronik yang lain supaya anda sentiasa bersama peranti yang dicaj sepenuhnya di mana sahaja anda berada.

Sekarang ada kemudahan Power Bank atau bateri mudah alih, namun periksa juga sesetengah penerbangan tidak membenarkan anda membawanya bersama.

Travel checklist ini nampak mudah tapi tahukah anda ramai traveler menghadapi kesukaran kerana mengabaikan perkara ini. Perkara mudah tetapi jika diabaikan akan meralatkan aktiviti seterusnya.

Belajar frasa utama

8. Belajar frasa utama dalam bahasa tempatan

Checklist travel ini sangat memudahkan traveler jika menguasainya. Sudah tentu ianya adalah amalan terbaik untuk belajar frasa-frasa asas seperti “Hello”, “Terima kasih” dan “Di manakah tandas?”

Namun lebih banyak yang anda boleh tuturkan dalam bahasa tempatan, lebih baik lagi untuk anda.

Ada masanya kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam bahasa asing ini menjadi sangat penting terutamanya melibatkan isu penting seperti keselamatan dan masalah kesihatan.

Jika anda menghidapi sebarang alahan makanan atau masalah kesihatan yang teruk, adalah penting untuk belajar bagaimana untuk memberitahu orang lain tentang isu-isu tersebut dalam bahasa asing.

Jika anda rasa tidak yakin dengan kemahiran berbahasa anda, langkah terbaik adalah dengan mencetak frasa-frasa penting ini atau menyediakan flashcard yang anda boleh bawa bersama-sama.

Yuran Kebenaran

9. Semak yuran masuk dan keluar

Tidak kira samada sesebuah negara itu memerlukan anda mendapatkan visa pelancong, mereka boleh mengenakan yuran masuk atau yuran keluar terhadap anda.

Sebagai contoh, Argentina membolehkan rakyat Amerika untuk melawat sehingga sembilan puluh hari tanpa visa, namun “yuran timbal balik” $160 mesti dibayar sebelum memasuki negara tersebut dan anda tidak akan dibenarkan memasuki negara tersebut tanpa salinan resit.

Anda boleh merujuk kepada konsulat berkenaan yuran yang mungkin ada pada mana-mana negara yang anda bakal kunjungi.

Perlindungan Perjalanan

10. Beli insurans kesihatan dan perjalanan

Ini adalah travel checklist yang teramat penting tapi ramai yang mengabaikan.

Sebelum memulakan perjalanan pelancongan anda, semak polisi insurans kesihatan anda, adakah ianya termasuk liputan antarabangsa.

Jika tidak, pertimbangkan untuk membeli polisi insurans /takaful jangka pendek yang akan melindungi anda semasa berada di luar negara, seandainya sesuatu berlaku.

Serupa juga, satu langkah bijak untuk melindungi perjalanan anda dan wang anda adalah dengan membeli insurans/takaful perjalanan.

Polisi dan liputan adalah berbeza yang ditawarkan oleh satu pembekal insurans dan pembekal insurans yang lain.

Namun idea asasnya adalah bahawa anda boleh mendapatkan wang anda semula jika perjalanan anda dibatalkan, ditunda, atau terpaksa dipercepatkan untuk pelbagai apa-apa sebab yang mungkin berlaku.


Bonus! PTPTN, CCRIS atau Blacklist

Untuk travel checklist ini, masalah ini semakin serius dan berlaku kerap di pintu keluar apabila pegawai betugas imegresen tidak membenarkan traveler untuk terus melakukan penerbangan.

Pastikan anda menyemak dilaman yang disediakan http://sspi2.imi.gov.my/. Namun ada sesetengah kes di mana semakan telah dibuat dan status adalah sah, tetapi apabila perjalanan dilakukan masalah pun muncul.

Mungkin data dan sistem belum dikemaskini oleh itu tindakan perlu juga dilakukan bagi memeriksa status anda.

Ada baiknya juga jika anda mendapatkan pasport atau visa, lakukan juga semakan di pejabat imegresen.

Jika anda disabitkan di dalam senarai hitam, cuba buat permohon di pejabat terdekat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau jabatan pinjaman pelajaran untuk memohon penyelarasan.

Biasanya tabung pendidikan akan mensyaratkan deposit tunggakan sahaja yang perlu dilunaskan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Semak senarai ini dan pasti perjalanan anda berjalan lancar dan elakkan kerugian yang besar yang pasti menjadi mimpi buruk percutian anda.

CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.