Kekal Cergas Semasa Bercuti: Gear Senaman Terbaik Semasa Travel

Kekal cergas adakah releven semasa bercuti? Mengekalkan kecergasan badan pada tahap optimum agak sukar jika kita selalu keluar pergi bercuti.

Walaupun hotel mempunyai fitness center, ia selalunya tidak menepati keperluan dan kehendak kita sebagai pengguna.

Treadmill yang bergegar dan set dumbbell 10lb neoprene juga mungkin tidak mencukupi. Alangkah baiknya kalau kita dapat menarik Rick Moranis dan mengecilkan set barbell Olimpik untuk dimuatkan ke dalam bag galas.

Realitinya, tidak boleh. Tapi, dengan alat senaman yang betul, kita boleh mendapatkan latihan yang betul walau di masa sahaja kita pergi.

Di bawah adalah antara alat senaman terbaik untuk pelancong berasaskan berat, saiz dan senang dibawa.


Getah Rintangan (Resistance Band)

Walaupun getah rintangan tidak boleh menandingi latihan bebanan tradisional, ia agak bagus untuk mereka yang suka melancong. Harga getah rintangan sangat berpatutan (set yang bagus boleh didapati dengan harga $50) dan sangat kompak.

Ia boleh digunakan untuk seluruh anggota badan dan boleh menggantikan banyak latihan yang biasanya dilakukan dengan dumbbell seperti bicep curls, tekan tubi, overhead tricep extension, dan bent-over rows.

Penambahan penghadang pintu untuk menyambungkan getah akan memberikan lebih pilihan senaman.


Besi Tekan Tubi (Twister Push Up)

Mungkin senaman tekan tubi bukanlah untuk seluruh badan, tetapi tekan tubi sangat berguna untuk badan bahagian atas. Besi tekan tubi mampu mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan.

Bagi mereka yang hygienic dan sukakan kebersihan, besi tekan tubi dapat mengelakkan daripada meletakkan tangan di atas lantai hotel yang tidak terjamin kebersihannya.


Tali Lompat (Skipping Rope)

Masukkan tali lompat ke dalam beg dan kita akan dapat melakukan senaman kardio yang bagus di masa sahaja kita pergi. Tali lompat cukup efektif untuk latihan litar atau latihan selang berintensiti tinggi.

Bukan sahaja ia mampu meningkatkan prestasi sistem kardiovaskular, bahkan juga mampu memperbaiki koordinasi badan. Jika kamu tidak pernah melakukan aktiviti lompat tali sebelum ini, mungkin kamu boleh memilih seluar panjang berbanding seluar pendek.

Tali Lompat

Cakera Luncur (Disk)

Cakera Luncur adalah cakera padat dan rata seperti yang digunakan untuk menggerakkan perabut tetapi direka khas untuk bersenam.

Ia sangat bagus untuk latihan abdomen, lunges, dan boleh digunakan untuk meluncur di sekitar ruangan hotel sambil mendengar muzik. Memang kedengaran agak pelik, tapi tiada yang rugi dalam mencuba.


Suspension Trainers

Sama ada kita sedang bercuti atau tidak, suspension trainers memang menyeronokkan dan memberikan kita pengalaman bersenam yang mencabar. Bukan sahaja senang dibawa ke mana-mana, suspension trainers boleh disambungkan pada pintu hotel atau pokok mahupun palang untuk pengalaman latihan senaman di luar.

Suspension trainers membolehkan kita bersenam menggunakan berat badan sendiri dengan melakukan beberapa jenis senaman.

Selain daripada latihan kekuatan, suspension trainers sangat digemari kerana kelebihannya yang mampu memperbaiki kekuatan teras dan keseimbangan badan.

Kedua-duanya sangat penting terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat kerana mereka terpaksa duduk di atas kerusi dalam jangka masa yang lama.


Tikar Yoga

Saya sendiri mempunyai tikar yoga di rumah. Tikar yoga atau lebih dikenali dengan yoga mat membantu untuk kita melakukan pergerakan yoga dengan betul.

Kita boleh meletakkan kaki dan tangan pada kedudukan yang betul padanya. Ia tidak mudah bergerak dan tidak menyakitkan. Senaman yoga memang terkenal dalam memperbaiki kekuatan, fleksibiliti, postur badan dan memberikan banyak lagi kelebihan secara fisiologi.


Beg Pasir (dengan isian air)

Beg pasir secara amnya adalah bag yang mampu menahan berat dengan pemegang yang kukuh pada kedua-dua belah sisi dan hujungnya. Kita boleh menambah berat dalam lingkungan 5 hingga 20 pound dengan menambah bag yang diisi dengan pasir.

Tip: Tambahkan beban menggunakan botol berisi air untuk menggantikan beg pasir. Kita boleh membeli isian air dan mengisinya setiap kali sampai di tempat penginapan.

Beg pasir sangat berkesan untuk pergerakan barbell tradisional seperti squats, military presses, power cleans, curls, bent-over rows, lunges dan latihan abdomen.

Beg pasir sangat bagus untuk dibawa semasa bercuti kerana kita boleh menggunakannya untuk menyimpan perkakas senaman yang lain juga.


Bola Hydro Medicine

Mungkin kedengaran agak gila untuk membawa bola hydro medicine memandangkan saiznya yang besar dan berat, tetapi bola hydro medicine boleh dibawa di dalam bagasi kita.

Kita boleh mengisinya dengan air di bilik hotel. Isian penuh sebuah bola hydro medicine boleh mencapai 60 lbs.


Portable Kettlebell (Dengan beg air)

Kettlebell mudah alih adalah alat tradisional yang sangat menampakkan versatiliti tanpa perlu membawa beban seberat 3 bola boling. Alat yang kukuh dan padat ini boleh diisi dengan pasir, batu, dan beg air.

Kebanyakan senaman menggunakan kettlebell memerlukan ruang seluas beberapa kaki sahaja. Kita boleh memilih sama ada ingin bersenam di dalam bilik hotel atau di taman berdekatan.

Kettlebell adalah alatnya jika ada antara kita yang tercari-cari sejenis alat yang mampu melatih kekuatan, kuasa dan ketahanan badan.

Walaupun semua peralatan di atas tidak boleh menggantikan rutin senaman harian kita semasa di rumah, peralatan ini sememangnya akan membantu untuk membolehkan kita bersenam dengan lebih efektif walau ke mana sahaja kita pergi. Lebih baik ada daripada tiada. Bukankah yang ada itu lebih bermakna? Selamat bersenam sambil bercuti!

 


Kredit: Maciej Kraus  |  Jonathan Rolande