Tidur Di Lapangan Terbang – Tips Mudah Travel

Tidur di lapangan terbang buat pertama kali? Tidak kisahlah sama ada penerbangan yang dibatalkan ataupun persinggahan yang lama, anda mungkin pernah mempertimbangkan untuk tidur di lapangan terbang, atau sekurang-kurangnya  berehat sebentar.

Untuk mendapatkan peluang melelapkan mata sebentar mahupun tidur secukupnya di lapangan terbang adalah sukar dan bingit.

Maka, untuk membantu anda, kami menyediakan satu senarai tips untuk mendapatkan rehat secukupnya di lapangan terbang serta beberapa lapangan terbang terbaik untuk melakukannya.

Risau mengenai ke mana anda ingin pergi?

Sesetengah lapangan terbang yang luas ada menyediakan kawasan-kawasan tertentu untuk tidur dan mengenakan bayaran untuk penggunaan bilik atau pod tidur.

Sekiranya anda menginginkan ruang yang senyap dan gelap, pilihan ini sesuai untuk anda.

Sekiranya tiada kawasan tertentu disediakan, cuba cari rakan lain yang juga ingin tidur. Apabila anda tidur berkumpulan, kemungkinan untuk diganggu pengembara lain berkurangan.

Ruang istirehat lapangan terbang lazimnya mengenakan $50 untuk diakses, namun ia boleh juga menjadi alternatif untuk anda melelapkan mata.

 

Tidur Di Lapangan Terbang

Tidur Di Lapangan Terbang Tapi Risaukan bagasi anda?

Sekiranya anda risau mengenai barangan anda sementara anda berehat, cuba berehat di kawasan berdekatan sekuriti atau staf.

Barang-barang anda lebih selamat di kawasan-kawasan trafik tinggi begini.

Advertisment


Artikel Berkait: Bagaimana Berasa Selesa Dan Tidur Di Lapangan Terbang


Kalau anda tahu persinggahan anda akan menjadi lama, cuba membawa barang atau beg travel dengan jumlah yang ringan dalam beg bimbit, atau guna sahaja beg galas.

Dengan ini anda boleh menggunakannya sebagai bantal dan tidak perlu risau lagi.

Sekiranya anda mempunyai beg bimbit yang besar, gunakannya sebagai tungku kaki dan anda pasti akan sedar sekiranya sesiapa cuba mengambilnya.

Risau mengenai bunyi bising dan cahaya?

Sekiranya anda seperti kami, pasti anda inginkan tempat yang gelap dan senyap untuk melelapkan mata.

Dalam perkara ini, cuba untuk membawa sepasang fon telinga untuk mendengar muzik bagi mengelakkan bunyi-bunyian luar atau pengembara lain.

Anda mungkin juga mahu membawa sehelai selendang, jaket atau cermin mata hitam untuk menghadang cahaya.

Penutup mata juga boleh membantu menghadang cahaya dan memberi keselesaan untuk berehat.

Antara lapangan terbang terbaik untuk tidur:

  • Lapangan Terbang Changi, Singapura.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas / Fort Worth.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Munich.

 


Kredit: Hernan PiñeraJack Brodus

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.