Tips Sewa Kereta: Panduan Keselamatan Travel

Tips sewa kereta ini penting untuk panduan semasa anda travel. Memandu kereta sewa boleh menjadi mudah seperti memandu kereta sendiri andainya anda memiliki persediaan yang betul.

Bagaimana anda yakin bahawa anda sudah bersedia untuk membawa kereta sewa?

Berikut adalah beberapa cadangan oleh Majlis Keselamatan Kebangsaan yang boleh membantu anda berjaya dalam menyewa kereta, terutamanya di mana keselamatan anda dititikberatkan.

Mengenali Anda

  • Jangan sewa kereta yang jauh lebih besar daripada yang anda biasa bawa
  • Ambil beberapa minit untuk membiasakan diri dengan kereta sewa anda
  • Tengok bahagian kawalan anda, speedometer, minyak, suhu dan sebagainya
  • Kesan di mana punat untuk menghidupkan penghawa dingin, pemanas, wiper, suis lampu dan sebagainya. Hidupkan untuk tahu samada ianya berfungsi atau tidak.
  • Uji break dengan enjin kereta dihidupkan untuk mendapatkan “feel” keatasnya. Ada break yang lembut dan ada yang agak keras. Anda tentunya tidak ingin mengesan bahawa break anda lembut ketika berada di depan lampu isyarat
  • Jika sewaan anda ada Global Positioning System (GPS), programkan destinasi anda ke dalam sistem terlebih dahulu

Tips Menyewa Kereta Ketika Travel

Semak Lebih Awal

Tips sewa kereta utama adalah membuat pemeriksaan awal. Adalah lebih baik untuk anda memeriksa kereta sewa anda samada semuanya dalam keadaan baik.

Kelilingi kereta anda dan cuba telitikan perkara berikut:

  • Pastikan angin tayar berada pada keadaan baik. Tayar yang kurang diisi atau terlebih isi memberi kesan besar kepada keselamatan anda, terutamanya jika anda memandu laju.
  • Teliti lampu tinggi anda. Tahu di mana kedudukan suis meskipun anda hanya memandu pada siang hari. Anda mungkin berada di situasi memandu dalam terowong atau cuaca buruk yang memaksa anda untuk menghidupkan lampu. Semak samada lampu terang atau separa.
  • Teliti lampu untuk isyarat, wiper dan hon bagi mengesan sebarag masalah
  • Periksa bonet untuk melihat kandungannya. Ianya sepatutnya ada tayar ganti dan juga jack serta pembuka skru roda. Jangan segan untuk meminta apa-apa barangan yang diperlukan demi aspek keselamatan anda.
  • Semak sebarang calar atau remuk dan beritahu kepada ejen anda sebelum meninggalkan premis. Meskipun ianya tidak memberi kesan kepada pemanduan anda, anda tentunya tidak ingin dipertanggungjawabkan ketika memulangkannya nanti.

Beberapa Perkara adalah berbeza daripada yang lain. Beza antara kereta sewa dengn kereta milikan anda sendiri mungkin adalah dashboard/ inrtrument panel atau kedudukan gear.

Berikut adalah contoh yang mungkin:

Penggunaan Stick

Jika anda sudah biasa membawa kereta auto di mana segalanya adalah butang, adalah patut anda membiasakan diri terlebih dahulu.

Adalah penting untuk anda tahu bagaimana membawa kereta berkenaan sebelum anda benar-benar membawanya di jalan raya.

Lebih kuasa

Power stereng dan power break memerlukan sentuhan ringan sahaja. Jika anda tidak biasa dengannya, anda mungkin perlu dapatkan “feel” terlebih dahulu sebelum membawa masuk ke trafik yang sibuk.

Advertisment

Tips Menyewa Kereta Ketika Travel

Saiz lebih besar

Anda mungkin sudah biasa dengan kereta besar dan ciri-ciri tambahannya yang lain. Atau, anda sudah biasa meletak kereta kecil anda di ruang parking yang kecil.


Artikel Menarik : Tips Keselamatan Ketika Travel 7 Tips Kritikal


Dalam apa keadaan sekalipun, jika kereta sewa anda lebih besar atau lebih kecil daripada apa yang anda sudah biasa bawa, berjaga-jaga dengan had yang ada.

Alternatif lain

Jika anda kisah dengan perbezaan antara kereta yang anda sewa dengan yang anda miliki, anda mungkin boleh membuat tempahan untuk menyewa kereta yang lebih kurang sama dengan kereta anda atau memiliki ciri-ciri serupa kereta anda.

Kebanyakan agensi sedia membantu anda seandainya mereka memiliki model berkenaan.

Sedikit Penyesuaian

Tips sewa kereta seterusnya adalah langkah penyesuaian. Sekarang adalah masanya untuk menyesuaikan kereta sewa tersebut untuk keselesaan pemanduan anda pula.

  • Posisikan kedudukan tempat duduk pemandu pada kadar yang sesuai untuk anda. Pastikan juga anda berjarak 10″-12″ daripada stereng bagi membolehkan ruang beg udara mengembung jika perlu.
  • Pastikan bahagian sandaran kepala adalah selari dengan bahagian atas telinga anda
  • Laraskan cermin atas dan tepi supaya berada pada kedudukan sesuai untuk anda
  • Membiasakan diri dengannya

Tips Menyewa Kereta Ketika Travel
Bawa kereta yang disewa untuk satu percubaan mudah, terutamanya sebelum anda menuju ke lebuhraya atau pusat bandar yang sesak.

Anda mungkin lebih selesa jika memandu di kawasan parking dua atau tiga kali, sekitar blok, untuk membiasakan diri anda dengannya.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, atau jika kereta itu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kembali ke agensi dengan segera.

Tips Sewa Kereta: Seandainya Berlaku Kemalangan

Sentiasa bersedia dengan situasi kemalangan atau situasi yang mungkin semasa berada di jalan raya.

  • Semak insuran atau perlindungan yang diberi dengan kerani apabila anda ingin membawa keluar kereta sewa tersebut. Ketahui apa yang dilindungi oleh insuran anda, dan gunakan informasi itu untuk menentukan apa lagi perlindungan tambahan, jika ada, yang anda mungkin perlu beli.
  • Peka dengan peruntukan perkhidmatan kecemasan jalan raya yang ditawarkan oleh agensi kereta sewa terbabit. Jika mereka tidak mempunyai perkhidmatan atas jalanraya yang khusus, anda perlu kenalpasti siapa yang anda boleh hubungi seandainya enjin terlalu panas, tayar pancit, atau keadaan kecemasan serupa. Sebuah syarikat yang baik akan memberi anda maklumat yang diperlukan bagi hal-hal kecemasan seperti ini.
Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.