Taman Tema Terbaik di Dunia: 13 Senarai Terhebat & Popular

Destinasi anda dan keluarga semasa musim cuti amat penting supaya setiap ahli keluarga berasa sangat puas dan gembira semasa waktu percutian.

Salah satu destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi adalah pergi ke taman tema. Taman tema merupakan salah satu tempat percutian yang sangat popular jika dikunjungi oleh ahli keluarga dan anda perlu memilih taman tema yang sesuai bagi semua peringkat usia.

Terdapat taman tema yang sangat popular seperti Legoland, Disneyland serta pelbagai lagi.

Bagi anda yang ingin merancang percutian untuk ke taman tema menarik di seluruh dunia, di sini akan disenaraikan 13 taman tema terbaik untuk anda dan keluarga anda.

1. Taman Tivoli

Taman Tivoli merupakan salah satu taman yang tertua didunia dan masih beroperasi sehingga sekarang dan menarik lebih ramai pelawat yang datang.

Taman tema yang terletak di Copenhagen, Denmark ini telah dibuka pada 15 Ogos 1843 dan menarik lebih 4.7 juta pelawat pada tahun 2015.

Roller Coaster taman ini yang masih lagi ada sehingga ke hari ini masih lagi menjadi yang terbaik di taman ini. Bagi anda yang sukakan permainan yang mencabar juga boleh menaiki Dæmonen (The Demon) juga sebuah roller coaster di sini tetapi ia tiada tapak dan anda akan merasa seperti terbang dengan laju di atas kenderaan ini.

2. Nagashima Spa Land

Nagashima Resort menjadi tempat percutian bagi orang ramai yang terletak di luar Nagoya.

Resort ini mempunyai lima kemudahan seperti Nagashima Spa Land, taman tema air, kompleks kolam air panas, pusat membeli belah serta taman bunga.

Nagashima Spa Land merupakan salah satu taman tema terbaik di Jepun dengan pelbagai permainan yang boleh dinaiki oleh semua orang.

Paling menarik adalah roller coaster yang diberi nama Steel Dragon 2000, sebuah roller coaster gergasi yang mempunyai laluan sepanjang taman tema tersebut.

3. Universal Studio Orlando

Taman tema yang terdiri daripada dua iaitu Universal Studio Florida dan Universal Island of Adventure.

Universal telah menarik perhatian orang ramai ke sini dengan hasil francais mereka seperti The Simpsons dan pada hari ini, orang ramai mula tertarik dengan taman Harry Potter kerana ia merupakan salah satu novel dan filem yang sangat popular.

Anda juga dapat mengalami pengalaman seperti berada di sebuah sekolah ahli sihir kerana anda juga boleh memiliki kayu sakti sendiri.

4. Tokyo Disneyland

Tokyo DisneylandAG2016

Tokyo Disneyland sudah tentu menjadi idaman setiap orang untuk sampai ke sini kerana ia mempunyai pelbagai tarikan yang bukan sahaja menarik perhatian anak-anak kecil tetapi juga orang dewasa.

Di sini anda dapat mengimbau kembali zaman kecil anda sewaktu melihat Mickey Mouse.

Tokyo Disneyland merupakan yang ketiga paling dikunjungi orang ramai di dunia kerana tarikan yang dibawa oleh taman ini seperti Pirates of the Caribbean, Splash Mountain dan Penerbangan Peter Pan menjadikan anda berimaginasi tanpa batasan.

5. Taman Efteling

Efteling bukan sahaja taman tema terbesar di Netherland tetapi juga ia merupakan yang tertua di dunia.

Terletak di bandar Kaatsheuvel di Loon op Zand, taman ini menerima lebih 100 juta pengunjung yang datang sepanjang waktu ia beroperasi.

Taman tema ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga.

Taman tema yang bertemakan fantasi ini memberikan pengalaman yang unik kepada semua pengunjung yang datang kerana mereka akan merasa seperti berada dalam sebuah cerita dongeng.

6. Lotte World

Taman tema yang terletak di Korea Selatan ini mempunyai taman tema tertutup terbesar di dunia dan juga taman tema di luar yang dinamakan Pulau Sihir.

Advertisment

Lotte World telah melaburkan wang yang banyak untuk mencipta beberapa tarikan Disneyland yang popular dan menarik perhatian ramai pengunjung.

Sebagai contoh tarikan Pharaoh Fury yang menyerupai Indiana Jones di Disneyland serta Pengembaraan Sinbad yang juga menyerupai Pirates of the Caribbean.

7. Legoland Malaysia

Legoland MalaysiaFonThipWard

Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor.

Taman tema yang sangat unik ini kerana kebanyakan binaan diperbuat daripada permainan kanak-kanak menarik minat pelbagai peringkat usia.

Di dalam taman tema ini juga terdapat taman tema air bagi sesiapa sahaja yang meminati aktiviti air. Jika anda bercadang ingin ke sini, anda boleh menginap di Hotel Legoland di mana bilik di hotel ini juga berkonsepkan lego.

8. Ocean Park

Ocean Park mempunyai tiga tarikan utama yang perlu dikunjungi iaitu taman hiburan, taman laut dan zoo yang berkeluasan 225 ekar di selatan pulau Hong Kong.

Empar roller coaster dan dua tunggangan air menjadi tarikan daripada lebih 80 tarikan yang ada.

Taman tema yang dibuka pada tahun 1977 ini mempunyai banyak hidupan laut dan jika anda ingin merasa berada di Australia, sila datang ke taman tema ini kerana ia mempunyai hampir semua haiwan yang datang dari Australia seperti Koala dan Kangaroo.

9. Taman Tema Wonderla

Taman tema yang terletak di antara lebuh raya Bangalore-Mysore ini merupakan taman tema yang sangat popular dan menjadi tarikan orang ramai yang datang.

Taman tema yang penuh dengan aktiviti air ini menjadikan ia sangat seronok bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Taman tema yang berkeluasan 84 ekar ini menarik lebih 13 juta orang ramai.

10. Universal Studio Singapore

Universal Studio SingaporeRepublica

Universal Studio yang telah dibuka pada tahun 2010 ini mempunyai tujuh seksyen dan penuh dengan permainan dan pertunjukkan.

Anda akan merasa seperti berada di New York atau Amerika Syarikat kerana seni bina yang tidak melambangkan seperti berada di negara asia.

Anda akan dapat menaiki roller coaster yang sangat tinggi dan berada di kawasan Mesir purba yang memberikan anda tunggangan ‘Revenge of the Mummy’ di mana anda dapat melihat dua patung Mesir yang sangat besar.

11. Everland, South Korea

Everland yang terletak di Seoul pinggir bandar Yongin mempunyai lima taman tema yang unik di namakan Global Fair, American Adventure, Magic Land, European Adventure & Zootopia.

Golbal Fair memberikan anda pengalaman pelbagai budaya dan makanan dari seluruh dunia. American Adventure pula memberikan anda tunggangan yang menyeronokkan serta mempelajari sejarah Amerika.

Magic Land sangat sesuai bagi sesiapa yang meminati alam fantasi dan mempunyai imaginasi yang tinggi.

European Adventure menawarkan pemandangan padang bunga yang sangat cantik dan Zootopia pula menerima kunjungan para pencinta haiwan untuk melihat pelbagai spesis haiwan.

12. Disney California Adventure

Taman tema ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh bagi dewasa yang datang ke sini.

Kebanyakan permainan yang ada di sini dikhaskan kepada orang dewasa sahaja supaya mereka dapat menghilangkan stress dari dunia luar.

Dibuka pada 2001, memberikan pengalaman kepada sangat berharga bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin dan ingin berbulan madu ke sini.

13. Walt Disney World

Tiada tempat di dunia ini yang boleh menyaingi pengalaman berada di taman tema ini.

Taman yang menarik lebih 52 juta orang setiap tahun menjadikan ia sebagai sebuah resort popular di dunia.

Tarikan utama yang menjadikan taman tema ini popular adalah kerana ia mempunyai beberapa kawasan yang baru seperti Frozen: The Ride, Taman Star Wars dan kawasan Avatar.

Advertisment

    Add Your Comment

    CommentLuv badge

CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.