Panduan Membeli Barangan Elektronik Di Luar Negara

Anda merancang untuk membeli barangan elektronik di luar negara?

Ramai orang bertanya di manakah adalah tempat terbaik untuk membeli barangan elektronik ketika melancong di luar negara?

Adakah lebih baik untuk membeli di Singapura , Hong Kong, China atau Thailand dan lain-lain negara pelancongan dan di manakah di negara-negara tersebut adalah tempat terbaik untuk membeli barangan elektronik?

Walaupun harga mungkin lebih murah daripada tempat asal kita, tidak ada terlalu banyak perbezaan harga di antara keempat-empat negara tersebut seperti yang dinyatakan di atas.

Walaupun terdapat beberapa pertimbangan yang sangat penting yang anda perlu buat sebelum membeli alat elektronik, sama ada ia adalah pemain DVD, telefon pintar, kamera, komputer dan lain-lain, apabila berada di luar negara.

Kami menasihatkan pelancong untuk melakukan penyelidikan sepenuhnya barangan elektronik yang mereka berfikir untuk dibeli.

Membeli Barangan Elektronik

Ini boleh dilakukan sebelum perjalanan dan anda boleh menggunakan internet untuk melakukan kajian perbandingan dan maklumat terperinci berkaitan produk terbaik yang memenuhi keperluan.

Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan pilihan produk yang diingkan, anda juga boleh menghubungi pengilang/pengeluar di negara asal seperti kita di Malaysia dan menjelaskan bahawa anda akan melakukan perjalanan ke X dan pembelian di Y dan adakah mereka mempunyai sebarang komen atau pendapat mengenai perkara ini?

Sebab utama kami menasihatkan penyelidikan dilakukan sebelum perjalanan adalah bahawa sesetengah produk elektronik hanya ada dipasaran tertentu.

Sebagai contoh satu jenis kamera atau telefon bimbit hanya boleh didapati di negara-negara tertentu, yang boleh menimbulkan masalah kepada anda di kemudian hari jika barangan elektronik itu rosak atau anda mempunyai masalah dengan barangan elektronik itu kemudian hari.

Panduan Membeli Barangan Elektronik Di Luar Negara

Ini membawa kita kepada satu lagi pertimbangan yang amat penting iaitu perkhidmatan (After sales service)

Anda pasti perlu menyemak sama ada jika anda beli barang elektronik waranti / jaminan sah di negara tempat anda tinggal, contohnya iaitu di Malaysia.

Advertisment

Jika tidak anda mungkin mendapati diri anda membayar bil-bil yang besar untuk membaiki atau melakukan servis di kemudian hari.

Pertimbangan lain, walaupun lebih kurang hari ini berbanding pada masa lalu, sama ada voltan rumah (bekalan elektrik) akan berfungsi dengan barangan elektronik yang anda telah beli atau sebaliknya boleh merosakkan alat elektronik tersebut.


Artikel Berkait: 5 Aksesori Telefon Bimbit Wajib Semasa Travel


Contoh ini adalah yang paling jelas untuk US Travellers, yang di Amerika Syarikat menggunakan arus 110 -volt, sedangkan sebahagian besar negara-negara lain menggunakan arus 220 -volt.

Ini bermakna bahawa jika anda menggunakan alat pencukur buatan Amerika, besi, atau pengering rambut di sebuah kedai asing, voltan tinggi akan menyebabkan alat elektronik menjadi terlalu panas dan memusnahkan perkakas dan juga boleh memberikan anda kejutan elektrik.

Sesetengah produk yang anda beli apabila berada di luar negara mungkin tidak fungsi. Sebuah pemain DVD sebagai contoh biasanya akan mempunyai kod serantau yang membolehkan ia hanya memainkan DVD dengan ‘regional coding embedded’ iaitu fungsi tertentu pengekodan tersedia.

Peralatan Elektronik Di Luar Negara

Jika anda membeli pemain DVD di Thailand dan membeli cakera DVD sebenar di England, DVD ini tidak akan dapat dimainkan kalau tidak diubah suai, yang biasanya kos tambahan kepada harga pembelian.

Pengeluar DVD mendakwa bahawa ini adalah fungsi yang dibuat untuk menghentikan cetak rompak , perlu anda tahu bahawa lanun-lanun cetak rompak akan lakukan cetakan dengan membuang  ‘kod multi’ pengekodan apabila membuat salinan.

Contoh terkini adalah sistem operasi (operation system) pada telefon pintar masa kini, sesetengah negara mempunyai kemaskini dan perisian berbeza antara satu sama lain, maka apabila anda berlaku ‘error’ pada peranti anda, pastinya sukar untuk mendapatkan tetapan baru atau pastinya juga operasi tempatan tidak sesuai dengan telefon pintar yang anda beli semasa diluar negara tersebut.

Perkara yang saya ingin tekankan adalah pada warranti, ini sama sekali anda tidak dapat tuntut apabila berlaku kerosakan yang merugikan.

Tapi ada satu hal yang tidak dapat dinafikan, bagi sesetengah orang, mereka mampu untuk menukarkan sesuatu sistem pada kesesuaian tempat asal apabila pulang dari luar negara.

Namun risiko ini adalah atas dasar kesedaran dan pengetahuan individu. Jika anda merasakan ada perkhidmatan ‘ubahsuai’ di negara asal anda, maka anda boleh mencubanya.


Kredit: TechStagethe measure of mike

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.