Menjejaki Amphitheater: Travel ke Empayar Rom

Apa itu Amphitheater? Apabila seseorang berfikir tentang hiburan Roman, pergaduhan ganas di antara banduan dan haiwan (seperti di dalam Gladiator) dan perlumbaan kereta kuda (seperti di dalam Ben Hur) datang ke dalam fikiran serta merta.

Perlumbaan-perlumbaan kuda selalunya akan diadakan di sarkas,  perlawanan gladiator adalah pertunjukkan utama di Amphitheaters.

Pergaduhan antara banduan-banduan perang, hamba-hamba dan binatang-binatang adalah bukti watak dan kehidupan orang orang Rom yang menganggap perlawanan ini adalah latihan yang bagus untuk sebuah negara bergelar pahlawan.

Kadang kadang , rakyat yang bebas juga turut memasuki perlawanan untuk menikmati kemasyhuran mereka selama 15 minit.

Amphitheaters Roman yang pertama telah dibina pada abad pertama sebelum masehi daripada kayu dan direka dengan memusing dan mengambungkan dua teater belakang ke belakang supaya ia membentuk bujur (amphitheathre sebenarnya bermaksud “teater dua kali”).

Terletak di setiap sudut Empayar Rom, lebih daripada 230 amphitheaters telah ditemui, dari Colosseum yang hebat di dalam Rome sehinggalah arena yang runtuh di Chester, England.

Pasti anda tidak pernah terfikir begitu banyak bukan?

8. Amphitheater di Pozzuoli

Pozzuoli Amphitheater

Amphitheater di Pozzuoli pula adalah salah satu amphitheater Roman yang terbesar di itali dan mampu memuatkan lebih daripada 20,000 penonton.

Pembinaanya bermula di bawah pemerintahan Maharaja Vespasian yang juga telah memulakan pembinaan Colosseum di Rom.

Tidak seperti Colosseum, bahagian atas dan kerusinya tidak begitu terpelihara tetapi bahagian kawasan bawah tanahnya sangat terpelihara, termasuklah sangkar untuk memelihara haiwan dan bahagian bahagian daripada mekanisme untuk mengangkat mereka ke lantai arena.

Dalam tempoh penghujung riwayatnya arena itu terbengkalai dan sebahagiannya dikebumikan di bawah abu berikutan letusan gunung berapi Solfatarain itu.

Arena Rom adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di bandar Arles di selatan Perancis. Ia dibina sekitar abad 1 Sebelum Masehi dan mampu memuatkan lebih daripada 20,000 penonton kepada tiga peringkat.

Dari 1830 sehingga hari ini arena ini telah digunakan untuk perlawanan lembu, yang mana orang orang Rom semestinya meluluskan kerana ia sedikit kurang kejam berbanding perlumbaan kereta kuda dan perlawanan manusia yang mana mereka menikmatinya.

7. Amphitheater di Uthina 

Uthina Amphitheater

Uthina (atau Oudna) adalah tanah jajahan Rom di Tunisia. Ia adalah di laluan utama ke Carthage dari selatan dan barat negara itu.  Bandar ini telah runtuh selepas penaklukan Arab pada abad ke 7.

Masih lagi sedang digali, dan hanya dilawati sedikit sahaja. Taman arkeologi termasuk Rom amphitheater boleh memuatkan sebanyak 16,000 pengunjung.

Separuh daripada amphitheater digali di dalam bukit manakala lengkok lengkoknya pula berada di atas tanah. Tempat duduk amphitheater ini bukan lagi yang asal dan hanya dibina semula baru baru ini.

6. Amphitheatre di Nimes

Amphitheatre di Nimes

Dibina pada akhir abad ke 1 untuk menampung 24,000 penonton, Arena Nimes adalah salah satu daripada amphitheater Roman yang terbesar di Gaul (kini Perancis).

Semasa zaman pertengahan istana berkubu dibina dalam amphitheater. Kemudian kejiranan kecil telah dibangunkan di bahagian batasan tersebut.

Pada tahun 1863 arena ini telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai gelanggang sukan lawan lembu dan sehingga hari ini ia telah menjadi tuan rumah buat dua acara perlawanan lembu tahunan serta lain lain acara awam yang lainnya.

5. Pompeii Spectacula

Spectacula di Pompeii

Kredit : Flickr / John McLiden

Pada 24 ogos, 79 Masehi, gunung berapi Vesuvuis meletup, yang meliputi bandar Pompeii dengan abu dan tanah, dan seterusnya ia telah memelihara bandar dalam negeri ini selepas kejadian tersebut.

Advertisment

Sebahagian daripada struktur terbaik yang terpelihara di Pompeii adalah 2 teater dan satu amphitheater Roman tertua yang masih lagi berdiri.

Amphitheater ini digelar spectacula sebagai amphitheatrum kerana ia tidak lagi digunakan. Ia boleh menampung sebanyak 20,000 penonton, bersamaan dengan penduduk seluruh Pompeii.

Pada tahun 58 Masehi rusuhan ganas tercetus antara peminat dari Pompeii dan bandar lawan mereka yang mendorong senat untuk mengharamkan mana mana permainan di sana selama sepuluh tahun.

4. Amphitheater di Pula Arena

Amphitheater di Pula Arena

Amphitheater di Pula adalah pada kedudukan no 6 yang terbesar yang masih lagi terpelihara dan salah satu monumen purba terbaik yang terpelihara di Croatia.

Arena Pula telah dibina sekitar abad ke 1 dan boleh menampung lebih 26,000 penonton. Dalam abad ke 15 banyak batu batu telah diambil daripada amphitheater ini untuk membina rumah dan struktur lain di seluruh Pula, tetapi nasib baik amalan ini dihentikan sebelum keseluruhan struktur ini dimusnahkan.

Hari ini ia digunakan untuk menjadi tuan rumah pelbagai perayaan dan persembahan semasa musim panas.

3. Amphitheater di Arena Verona

Amphitheater di Arena Verona

Arena Verona di Itali adalah amphitheater ketiga terbesar di dunia yang terus berdiri dari zaman Rom.

Lingkaran luar amphitheater batu kapur putih dan merah jambu hampir musnah semasa gempa bumi besar pada tahun 1117 tetapi bahagian dalam masih menakjubkan dipelihara dengan baik.

Arena di Verona telah dibini pada 30 masehi dan boleh menjadi tuan rumah untuk 30,000 penonton.


Artikel menarik: Harmony of the Seas Kapal Persiaran Terbesar Dunia


Amphitheater Rom telah digunakan secara berterusan sepanjang abad untuk menjadi tuan rumah pameran dan permainan :

perlawanan gladiator ketika zaman Rom, pelawanan dan pertandingan berkuda pada zaman pertengahan dan pada abad ke 18 sehinggalah hari ini untuk persembahan opera Verona yang menakjubkan .

2. Amphitheater Rom di El Djem

Amphitheater Rom di El Djem

Amphitheater Rom El Djem di Tunisia adalah arena ketiga yang terbesar di dunia selepas Colosseum di Rom dan teater yang hancur di Capua.

El Djem merupakan bekas bandar Rom Thysdrus, salah satu daripada bandar bandar yang paling penting di Afrika Utara selepas Carthage.

Amphitheater ini dibina pada awal tahun abad ke 3 mampu menampung 35,000 penonton. Struktur ini kekal dalam keadaan yang baik sehingga abad ke 17 apabila batu dari arena ini telah digunakan untuk membina kampung berdekatan El Djem dan diangkut ke Masjid Agung di Kairouan.

Baru baru ini dan kurang merosakkan, ia telah digunakan untuk penggambaran beberapa adegan daripada pemenang filem Oscar iaitu Gladiator. Ia kini merupakan destinasi pelancongan popular di Tunisia.

1. Colosseum di Rom

Colosseum di Rom

Colosseum di Rom adalah amphitheater yang terbesar dan paling terkenal di dunia Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian dinasti Flavian dalam 72 masehi dan telah disiapkan oleh anaknya Titus dalam 80 Masehi.

Semasa upacara perasmian Colosseum tersebut, sambutan selama 100 hari telah diadakan dimana 5000 haiwan dan 2000 gladiator gladiator terbunuh pada masa ini.

Colosseum Rom mampu menampung kira kira 50,000 penonton yang dapat memasuki bangunan ini melalui tidak kurang daripada 80 pintu masuk.

Penonton terlindung daripada hujan dan panas matahari oleh layar yang dikenali sebagai “velarium”, yang terletak di sekeliling bahagian atas loteng. Colosseum adalah tempat yang harus dilawati jika anda melawati Rom, Itali.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.