Melancong ke New Zealand: 10 Tarikan Travel

Anda bercadang untuk melancong ke New Zealand? Melakukan travel secara backpackers tahun ini ke destinasi New Zealand? Jom kita baca artikel ini dahulu.

New Zealand dengan kata lain fotogenik dan negara peramah menawarkan pelawat perubahan yang tiada tandingan untuk pengembaraan dan penerokaan.

Pulau yang lasak itu merupakan rumah yang padat dengan hutan asli, gunung, pantai, glasier, kawasan panas dan fjord (kawasan terbentuk antara dua dataran) yang telah dipelihara dengan baik oleh kesedaran kerajaan dan budaya di New Zealand.

New Zealand merupakan tempat budaya tradisi Maori bercampur dengan kemodenan di bandar kosmopolitan, kampung-kampung yang menarik dan hutan belantara yang belum diterokai sepenuhnya.

Bersih dan cantik, negara pulau itu mempunyai sesuatu untuk semua orang termasuk tarikan pelancong yang utama di New Zealand. Senarai ini adalah 10 tempat paling popular di New Zealand.

10. Melancong ke New Zealand, Coromandel

Coromandel semenanjung New Zealand

Coromandel semenanjung New Zealand

Semenanjung utara-timur ini terkenal dengan pantai yang bewarna putih dan keemasan yang menjadikan ia sebagai pemandangan pantai yang menakjubkan, hutan yang cukup sempurna untuk diterokai seharian dan keajaiban alam semula jadi yang lain daripada yang lain.

Mulakan lawatan anda ke Thames, bandar kecil yang indah dan kaya dengan sejarah perlombongan emas. Jangan terlepas untuk berhenti di pantai air panas di mana pelancong boleh menggali kolam air panas mereka sendiri dari mata air di bawah pasir.

9. Taman Negara Abel Tasman

Taman Negara Abel Tasman

Taman Negara Abel Tasman

Terletak di bahagian utara Pulau Selatan negara itu, taman negara yang luas ini merupakan impian para pendaki. Ditutup untuk kenderaan, para pelancong perlu menaiki bot, berjalan kaki atau menaiki kapal terbang kecil, nampak leceh tetapi perjalanan itu sangat berbaloi.

Ketika menyeberangi kawasan pergunungan, penguin biru, “wekas”, penangkap tiram, merpati kayu dan burung lain yang jarang dijumpai boleh dilihat di tempat ini.

8. Sky Tower

Menara Sky Tower New Zealand

Menara Sky Tower New Zealand

Sky Tower merupakan menara pemerhati dan telekomunikasi terletak di bandar terbesar New Zealand. Dengan ketinggian 328 meter (1,076 kaki), ia merupakan bangunan yang berdiri dengan sendiri tertinggi di Hemisfera Selatan dan Sky Tower telah menjadi bangunan ikonik di Auckland.

Menara itu menawarkan pemandangan lebih 80 km jauh dan mempunyai restoran yang boleh berputar.

7. Napier Art Deco

Bandar Napier Art Deco

Bandar Napier Art Deco

Napier merupakan bandar kecil di teluk Hawke di pantai timur Pulau Utara, terkenal dengan seni bina deco yang menarik perhatian. Kebanyakan kawasan Napier diratakan oleh gempa bumi pada tahun 1931.

Tempoh membina semula bertepatan dengan era Art Deco yang kekal lama dan hasilnya seni bina Napier sangat berbeza daripada mana-mana bandar lain di dunia.

Beribu-ribu pelancong melawat Napier setiap bulan Februari untuk Art Deco mingguan, acara khusus untuk gaya, kereta vintaj, berkelah dan “soapbox derby” (kereta kanak-kanak tanpa motor).

6. Kaikoura

Keindahan kaikoura

Keindahan Kaikoura

Jika anda melancong ke New Zealand, ketahuilah bandar kecil di tepi pantai di Pulau Selatan ini merupakan syurga bagi penggemar makanan laut.

Anda boleh melihat anjing laut, ikan lumba-lumba, ikan paus sperma dan albatross di luar pantai serta menikmati pesta makanan pelbagai jenis makanan laut seperti udang segar, kupang, ikan kod biru dan banyak lagi.

Advertisment

Bagi penggemar travel daratan atau treking, anda boleh berjalan-jalan memasuki hutan Kaikoura yang liar dan penuh dramatik.

5. Glasier Franz Josef

Glasier Franz Josef

Glasier Franz Josef

Glasier ini terletak di kawasan Taman Negara Westland di barat daya dan merupakan salah satu glasier yang paling boleh diakses.

Pelawat boleh melalui laluan yang ada dengan berjalan kaki ke dalam glasier atau menaiki helikopter ke atas sisa-sisa Zaman Ais yang mempesonakan.

Bersama-sama dengan Glasier Fox, ianya merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Taman Negara Westland.

4. Wai-o-tapu

Wai-o-tapu

Wai-o-tapu

Hanya di luar Rotorua, di atas Pulau Utara merupakan destinasi menakjubkan iaitu Wai-o-tapu. Taman ini dipenuhi dengan aktiviti geoterma dan anda boleh mendaki melalui landskap gunung berapi yang kelihatan seperti angkasa lepas daripada kawasan New Zealand yang lain.

Di Wai-o-tapu, salah satu tarikan menarik ialah Geiser Lady Knox yang akan meletus setiap hari dengan air yang memancut lurus ke udara.

Berhampiran, spa geoterma memberikan anda tempat yang sempurna untuk berehat selepas seharian pendakian melalui jalan gunung berapi Wai-o-tapu.

3. Lintasan Alpine Tongariro

Lintasan Alpine Tongariro

Lintasan Alpine Tongariro

Antara salah satu sebab ramai orang melancong ke New Zealand ialah lintasan ini. Di Taman Negara Tongariro terletak di tengah Pulau Utara merupakan Lintasan Alpine Tongariro. Lintasan yang mengambil masa seharian ini meliputi Gunung Tongariro itu sendiri dan melalui kaki Gunung Ngauruhoe.

Laluan itu mungkin dikenali bagi sesetengah orang kerana filem The Lord of the Rings dirakamkan di situ. Tasik Biru dan Zamrud merupakan tarikan utama yang indah sepanjang perjalanan dan kedua-duanya mempunyai kepentingan sejarah kepada orang Maori dan perlu dilayan dengan penuh hormat.

2. Bay of Islands

Bay of Islands

Bay of Islands

Merupakan salah satu tempat popular untuk destinasi percutian di New Zealand. Kawasan ini yang mempunyai 144 pulau, banyak teluk terpencil dan pantai pasir yang menarik.

Teluk yang cantik ini penuh dengan hidupan laut termasuk ikan paus, penguin, ikan lumba-lumba dan ikan marlin yang besar. Tidak menghairankan ianya merupakan tempat pelancongan yang popular untuk kapal layar dan sukan memancing antarabangsa.

1. Milford Sound

Milford Sound

Milford Sound

Milford Sound merupakan salah satu tarikan popular dan boleh dikatakan sebab utama pelancong dan traveler melancong ke New Zealand.

Terletak di hujung paling utara dan boleh diakses di Taman Negara Fiordland, Milford Sound menawarkan beberapa pemandangan pantai yang paling cantik di dunia dengan puncak yang menakjubkan serta perairan biru gelap.

Hujan lebat yang kerap berlaku di kawasan ini meningkatkan lagi kecantikan Pulau Selatan dengan membentuk banyak air terjun di seluruh tebing kawasan Milford Sound.


Artikel berkait: Rahsia Keindahan di Milford Sound New Zealand


 

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.