Melancong ke Finland: 15 Tarikan Popular Untuk Travel

Jika anda bercadang untuk melancong ke Finland, ini adalah artikel menarik yang anda perlu baca dan fahami.

Finland merupakan salah satu tempat yang penuh dengan pelbagai jenis tarikan seperti tasik yang cantik, pulau dengan pekan yang kecil dibina diatasnya serta budaya yang sangat unik.

Terletak di kawasan yang sejuk di mana ia adalah negara paling utara di seluruh dunia, anda dapat menyaksikan pelbagai tarikan semula jadi seperti aurora yang sangat cantik dan ketika musim panas, anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti seperti memancing, berenang dan paling penting adalah menikmati sauna di sana.

Disini terdapat senarai 15 tarikan popular di Finland:

15. Kepulauan Aland

Kepulauan Aland

Pulau Aland adalah pulau yang berada di antara Sweden dan Finland. Aland merupakan kepulauan autonomi yang memiliki hampir 300 pulau yang mempunyai habitat.

Pada tahun 1854, gabungan kapal British dan Perancis mengambil alih pulau dan memusnahkan kubu yang berada di situ.

Terdapat muzium maritim seperti Muzium Kapal Pommern yang amat digalakkan untuk pelancong datang kerana anda boleh memahami sejarah maritime di sini.

Walaubagaimanapun, tarikan utaman di Aland ini adalah alam semula jadi yang tidak di sentuh dan landskap yang sangat cantik membuatkan ia tempat yang sesuai untuk mengambil gambar serta buat video.

14. Hameenlinna

Hameenlinna

Hameenlinna merupakan sebuah bandar yang terletak di atas tasik yang sempit dan panjang yang dikenali sebagai Vanajavesi.

Bandar ini mempunyai kira-kira 68,000 penduduk di tengah-tengah wilayah bersejarah Hame di selatan Finland dan tempat kelahiran komposer Jean Sibelius. Sesuatu yang menguja untuk melancong ke Finland.

Istana batu bata merah adalah mercu tanda terkenal di bandar ini. Di tengah-tengah Hameenlinna adalah Pasar Petak (Kauppatori).

Pada sebelah timur adalah gereja Lutheran dengan patung Paavo Cajander di taman hadapan gereja itu. Di bahagian selatan terdapat Dewan Bandar manakala di bahagian utara, para pelancong boleh melihat muzium Sibelius.

Paling penting, anda perlu melawat istana batu bata merah kerana ia adalah tarikan utama di situ.

13. Levi

Levi Aurora

Ketika melancong ke Finland, singgah juga ke Levi. Levi adalah kawasan yang berketinggian 531meter yang mempunyai 43 cerun yang terletak di Finnish Lapland dan mempunyai resort ski terbesar di Finland.

Bermain ski dan papan luncur salji adalah aktiviti utama di sini kerana musim salji mereka yang cantik. Aktiviti ini biasanya akan bertahan dari bulan Oktober sehingga pertengahan Mei.

Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dirasai oleh pelancong yang datang seperti melihat rusa kutub, ekspedisi memancing dalam ais serta bersantai di sauna luaran yang besar.

Di kawasan ini juga yang akan memberi peluang kepada anda untuk melihat aurora pada waktu malam dan jangan ketinggalan juga untuk menaiki kereta salji untuk menjelajah hutan Levi.

12. Tampere

Tampere

Tampere adalah kawasan bandar kedua terbesar dan ketiga perbandaran individu paling ramai penduduk di Finland selepas Helsinki dan Espoo.

Ianya juga adalah bandar yang paling popular selain Helsinki. Diasaskan pada tahun 1779 sebagai penempatan industri dan telah menjadi bandar industri paling maju untuk negara itu.

Tampere dikenali dengan aktiviti budaya serta teater terbuka mereka, pelbagai jenis festival dan ahli sukan popular.

Tampere juga menjadikan tarikan pelancong kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan kebudayaan dan rekreasi termasuk Perpustakaan Perbandaran moden, Muzium Lenin, taman serta tasik yang banyak.

Di dalam bandar sahaja terdapat lebih 200 tasik dan bebereapa syarikat perkapalan pedalaman berpangkalan di Tampere.

11. Monumen Sibelius

Monumen Sibelius

Terletak di Taman Sibelius di Helsinki, monumen ini adalah salah satu tarikan utama dan menjadi mercu tanda bagi bandar Helsinki, ibu negara Finland.

Monumen ini telah dibina untuk memberi penghormatan kepada Jean Sibelius-Komposer National Finland.

Pereka arca monumen ini ialah Ella Hiltunen. Arca ini juga telah berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Sibelius berikutan kematian komposer pada tahun 1957.

Pada asalnya ia mendorong kepada perdebatan mengenai kebaikan dan kelemahan seni abstrak.

10. Taman Negara Kepulauan

Taman Negara Finland

Taman Negara yang terletak berhampiran Turku ini telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pulau ini mempunyai budaya yang unik kerana ianya mempunyai campuran  pengaruh Finland, Rusia dan Sweden.

Pulau ini juga adalah syurga bagi sesiapa sahaja yang meminati aktiviti luar. Dengan udara yang nyaman, air laut yang sentiasa tenang, pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dijalankan seperti meluncur dengan bot layar, bermain kayak serta bot enjin.

Anda dapat menikmati pemandangan air yang jernih serta melihat burung-burung laut yang datang untuk berehat serta mencari makanan.

Hampir 60,000 orang yang datang ke taman ini setiap tahun, tetapi ianya masih belum penuh kerana saiz kawasan ini yang terlalu besar.

9. Kemi

Istana Salji Kemi

Kemi mempunyai salah satu istana salji terbesar di dunia dan akan sentiasa dibina semula setiap tahun untuk reka bentuk yang berbeza. Amat berbaloi untuk melancong ke Finland dan menjadi raja sehari di dalam istana salji ini.

Para pelancong yang datang akan merasa teruja dengan hasil seni bina istana salji ini dan mereka akan diberi rehat semalaman di dalam hotel ini.

Advertisment

Istana ini juga pernah menjadi tempat untuk majlis perkahwinan serta pertunjukan muzikal yang menarik.

Kemi juga adalah satu-satunya tempat di mana kapal pemecah ais digunakan sebagai sebuah kapal pelayaran di laut sejuk beku.

Pengalaman menaiki kapal ini adalah suatu pengalaman yang unik termasuk merentasi lautan yang beku dan melihat aurora yang cantik pada waktu malam.

8. Turku

Istana Turku

Turku adalah sebuah bandar di pantai barat daya Finland di muara sungai Aura. Turku merupakan bandar yang berkembang maju dan kaya dengan warisan budaya yang banyak.

Tarikan utama di Turku ini adalah Istana Turku yang masih berdiri megah serta Katedral Turku dan merupkan satu keunikan semasa anda melancong ke Finland.

Bandar ini mempunyai hampir 20 muzium yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta muzium Sibelius yang menjadi satu-satunya muzium yang hanya mempunya alat muzik di Finland.

7. Vaasa

Vaasa

Ditubuhkan pada tahun 1300, Vaasa merupakan bandar penting bagi Sweden sewaktu penjajahan ke atas Finland.

Runtuhan bandar yang lama masih boleh kelihatan dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang disitu. Bandar ini masih lagi mempunyai orang yang bertutur dalam Bahasa Sweden dan mempunyai hubungan dengan mereka.


Artikel Menarik : 10 Aktiviti Menarik di Jepun Untuk Anda Nikmati


Dikelilingi oleh kafe, restoran serta kedai, pengunjung yang datang akan merasai kehidupan yang berbeza di sini.

Pelancong yang datang juga boleh memasuki bilik yang panas dan mempunyai kolam serta sauna.

Bagi yang inginkan pengembaraan, anda boleh pergi ke Taman Negara Kvarken di sebelah utara yang menawarkan pendakian serta peluang melihat pelbagai jenis burung.

6. Oulu

Oulu

Bandar yang telah dibina semula selepas ianya terbakar, Oulu adalah tarikan yang perlu dikunjungi oleh pelancong.

Terdapat monumen tentera yang telah terkorban sewaktu perang saudara pada tahun 1918 serta jambatan kecil yang akan membawa anda ke pulau cantik yang bernama Taman Ainola.

Tarikan popular pelancong yang lain juga termasuk Pusat Sains Tietomaa dan Taman Botanikal Oulu yang mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

5. Stadium Olimpik Helsinki

Stadium Olimpik Helsinki

Stadium ini telah dibina pada tahun 1938 dan telah direka oleh Toivo Jäntti dan Yrjö Lindegren dengan gaya yang sangat menarik.

Sukan Olimpik Helsinki diadakan pada tahun 1952 dan mempunyai hak untuk menjadi salah satu stadium tercantik di dunia kerana ia mempunyai segala kemudahan pada waktu itu.

Muzium Sukan Finland juga boleh ditemui di sini dan ianya menjadi muzium untuk pelancong belajar tentang sukan di negara itu.

4. Taman Negara Lemmenjoki

Taman Negara Lemmenjoki

Sesiapa yang ingin mencari pengalaman berada di hutan artik, anda boleh datang ke sini. Kawasan hutan ini merupakan yang terbesar di Finland dan merupakan salah satu hutan yang mempunyai pelbagai flora dan fauna di Eropah, meliputi kawasan lebih 1,000 batu persegi.

Bagi pengembara yang datang ke sini, terdapat banyak pondok yang disediakan dan kawasan tapak perkhemahan yang selesa. Adalah sesuatu yang menyeronokkan melancong ke Finland dan meneroki alam semulajadinya.

Terdapat juga pondok yang disewa mempunyai sauna yang bagus untuk kesihatan anda.

3. Tasik Saimaa

Tasik Saimaa

Di bahagian timur Finland hanya terdapat laut dengan lebih 10,000 tasik, sungai, paya dan kolam. Disini terletaknya tasik yang sangat besar dipanggil Tasik Saimaa.

Keseluruhan tasik ini akan disedut oleh sungai Vuoksi yang pergi ke utara meninggalkan Tasik Saima ke bandar Imatra.

Hampir keseluruhan tasik ini diliputi hutan pokok konifer dan menjadi tempat yang menarik untuk mengambil gambar.

2. Savonlinna

Savonlinna

Bandar kecil di tengah-tengah Finnish Lakeland, Savonlinna merupakan kawasan sejarah yang berbaloi untuk anda kunjungi.

Terletak di tengah-tengah tasik Saimaa, tarikan paling utama adalah Istana St. Olaf yang telah dibina pada abad ke 15.

Istana yang telah dibaik pulih ini mempunyai bilik yang digunakan sebagai majlis dan persidangan. Tempat ini juga mempunyai spa yang popular serta resort percutian yang menarik untuk pelancong yang datang.

1. Melancong ke Finland di Bandar Helsinki

Bandar Helsinki

Bandar moden yang mempunyai seni bina tersendiri paling banyak didunia membuatkan tempat ini menjadi tarikan paling utama bagi pelancong yang datang ke Finland.

Merupakan tempat yang sangat ideal bagi percutian keluarga serta sesiapa sahaja yang meminati seni dan pemandangan pada waktu malam.

Helsinki adalah bandar yang hampi cukup segala-galanya dengan dikelilingi hutan bagi sesiapa sahaja yang inginkan aktiviti di luar, tasik dan juga laut.

Jalan-jalan yang luas dengan pelbagai jenis kafe dan restoran menyediakan anda hidangan sambil berehat dibawah langit yang dipenuhi bintang.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.