Melancong ke Austria: 14 Tarikan Utama Popular Yang Sangat Menawan

Bercadang untuk melancong ke Austria? Austria merupakan salah satu destinasi tarikan popular di Eropah dan menarik lebih ramai pelancong setiap tahun dari seluruh dunia.

Bandar bersejarah serta pemandangan pergunungan Alps yang menakjubkan membuatkan ia menjadi salah satu tarikan utama di Eropah.

Walaupun Austria merupakan salah satu negara paling kecil di Eropah, tetapi oleh kerana pemandangan pergunungan Alps menduduki lebih 60% kawasan negara menjadikan negara ini kawasan yang cantik dan perlu dilawati oleh semua orang.

Pada musim panas atau sejuk membuatkan negara ini sibuk kerana ramai pelancong yang datang. Di sini akan disenaraikan 14 tarikan utama yang terdapat di Austria supaya anda boleh merancang perjalanan pada waktu musim cuti.

1. Melancong ke Austria, Bad Gastein

Bad GasteinBad Gastein

Bad Gastein dikelilingi oleh pemandangan gunung ganang yang menakjubkan serta terletak di Taman Negara Hohe Tauern. Ianya juga dikenali sebagai bandar spa dan di ingati oleh orang ramai kerana bangunan Belle E’poque yang unik.

Para pelancong yang datang ke sini disebabkan oleh udara yang segar datang dari gunung yang mengelilingi kawasan ini.

Kawasan ini memberikan pelancong rawatan spa yang asli dan membuatkan anda merasa sangat selesa kerana udara yang tidak tercemar.

Kawasan ini juga menjadi tarikan kepada para penggemar meluncur ski pada musim sejuk dan pada musim panas anda boleh mendaki laluan gunung yang mencabar.

2. Gua Ais Gergasi

Gua Ais AustriaGua Ais Austria

Tidak disangkal lagi bahawa gua ais gergasi ini menjadi tarikan yang sangat popular bagi pelancong yang datang ke Austria kerana ia membuatkan anda berada di dunia lain.

Gua ais ini merupakan yang paling besar di dunia dan menjadi salah satu keajaiban sebenar dunia. Gua ais ini merupakan salah satu fenomena bawah tanah di mana pembentukan ais dan ukiran ais semula jadi berlaku.

3. Melk Abbey

Melk AbbeyMelk Abbey

Melk Abbey merupakan salah satu biara paling terkenal di dunia dan terletak di atas bukit tinggi jika melancong ke Austria. Para pelancong yang datang di tempat ini juga dapat melihat pemandangan sungai Danube yang cantik dari biara ini.

Tempat ini pernah menjadi istana Leopold II dan telah diberikan kepada sami yang menjadikan biara ini tempat ketenangan dan pembelajaran bagi orang ramai pada tahun 1089.

Biara ini menjadi salah satu contoh seni bina Baroque paling unik dan membuatkan pelancong terpegun dengan seni bina biara ini.

4. Opera Negeri Vienna

Vienna OperaVienna Opera

Opera ini merupakan salah satu struktur seni bina yang menakjubkan terletak di tengah-tengah ibu negara Austria.

Ianya juga merupakan opera yang paling terkenal sepanjang zaman dan orkestra yang dipersambahkan di dalam opera ini merupakan salah satu yang terbaik di dunia.

Persembahan yang dilakukan di dalam opera ini terdiri daripada tema klasik dan moden yang membolehkan penonton memilih tema kegemaran mereka.

5. Makam Maharaja: Hofkirche dan Muzium Maximilian I

HofkircheHofkirche

Innsbruk merupakan rumah kepada Gereja Mahkamah bernama Hofkirche dan mempunyai makam maharaja Maximilian I yang mati pada tahun 1519.

Dianggap sebagai hasil seni bina terbaik daripada Rennaissance Jerman, monumen di tengah-tengah diperbuat daripada marmar hitam yang sangat besar dengan patung dari gangsa Maharaja.

Arca lain yang terdapat di sini juga adalah patung nenek moyang kepada maharaja itu yang berjumlah 28 kesemuanya.

6. Sekolah Menunggang Sepanyol

Kuda LipizzanerKuda Lipizzaner

Ingin mencuba untuk menunggang kuda ketika melancong ke Austria? Sekolah ini sudah wujud pada zaman Maharaja Maximilian II yang bertanggungjawab memperkenalkan kuda Lipizzaner terkenal di dalam Austria pada tahun 1562.

Pada hari ini, ia merupakan tempat di mana gaya klasik untuk menunggang digunakan oleh para aristokrasi berlatih.

Pelancong yang datang di sini dapat melihat penunggan kuda yang sedang berlatih dan pertandingan yang diadakan sejak zaman Charles VI.

Advertisment

Dibina pada tahun 1735, dewan yang besar ini telah dibina untuk memberikan bangsawan peluang menunjukkan kemahiran mereka dalam menunggang kuda.

7. Seefeld Tirol

Pernah menjadi kawasan acara Olimpik dua kali, Seefeld sangat penting kerana ia menjadi pusat pertandingan ski merentas desa dengan kawasan muka bumi yang sangat sesuai bagi pemain ski yang baru sahaja mula bermain atau bagi yang sudah mahir.

Terletak di rizab semula jadi, ia menjadi tempat yang terbaik bukan sahaja untuk sukan berasaskan salji, tetapi juga bagi aktiviti mendaki dan berjalan-jalan pada musim panas.

Memberikan anda keselesaan dari segi kemudahan yang ada menjadikan Seefeld resort yang terkenal bagi pelancong yang datang.

8. Istana Hohensalzburg

HohensalzburgHohensalzburg

Istana Salzburg yang menakjubkan ini merupakan salah satu istana terbesar dan istana zaman pertengahan di Eropah paling di jaga.

Tempat yang paling strategik terletak di atas gunung Festungberg memberikan peluang kepada pelancong yang datang untuk melihat bandar Salzburg dari kawasan yang tinggi.

Merupakan salah satu hasil seni bina zaman pertengahan yang paling cantik dan menjadi jantung bagi bandar Salzburg sudah tentu menjadi tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Austria.

9. Krimmler Ache: Air Terjun Tertinggi di Austria

Air terjun ini mempunyai ketinggian 380 meter dan membuatkan ia menjadi tempat yang perlu dilawat jika anda berada di kawasan perkampungan Krimml.

Terletak di altitud 1,076 meter, Krimml terletak di lembah berhutan dan merupakan salah satu tempat menarik bagi pendaki yang ingin berhenti dan berehat.

10. Katedral St Stephen

Katedral St StephenKatedral St Stephen

Katedral St Stephen adalah tempat yang sangat popular terletak di Vienna kerana sejarah dan oleh kerana ia masih kekal walapun berlaku beberapa peperangan.

Katedral ini merupakan salah satu tarikan yang perlu ada dalam senarai pelancong yang datang ke Austria kerana sekarang ia dianggap simbol kebebasan bagi seluruh Vienna.

Katedral yang berkonsep gothic ini mula dibina pada tahun 1147 dan jubin berlian terkenal di bumbung katedral dibina pada tahun 1952. Jika anda ingin melihat pemandangan keseluruhan bandar Vienna, anda boleh menaiki tangga berpusing yang mempunyai 343 langkah.

11. Kitzbuheler Horn

Kitzbuheler HornKitzbuheler Horn

Salah satu pemandangan cantik jika anda berada di atas Kitzbuheler Horn terletak di rantau Tyrol. Kawasan yang bertinggian 1,998 meter ini boleh dinaiki dengan menggunakan kereta kable yang disediakan atau mendaki dari kawasan Kitzbuhel.

Jika anda berada di puncak kawasan ini, anda akan faham mengapa kawasan ini menjadi salah satu tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Austria kerana pemandangan yang sangat menakjubkan dari atas.

12. Innsbruck Altstadt

Innsbruck AltstadtInnsbruck Altstadt

Dikelilingi oleh gunung ganang yang dilitupi salji, Innsbruck membuat anda merasa seperti berada di kawasan semula jadi yang cantik di pergunungan Alpine.

Kawasan ini diperkatakan mempunyai dua personaliti kerana ia mempunyai landskap semula jadi serta pusat bandar yang canggih.

Altstadt merupakan pekan bagi Innsbruck yang mempunyai reka bentuk zaman pertengahan dan pelbagai kedai yang unik. Jika anda sedang berjalan di laluan Altstadt, anda perlu melawat mercu tanda disitu yang dikenali sebagai Bumbung Emas.

Rumah ini telah dibina untuk Maharaja Maxmilian I dan ia telah dihias dengan lebih seribu jubin kuprum yang menghasilkan pemandangan emas tulen.

13. Hallstatt

HallstattHallstatt

Tarikan lain yang perlu berada di dalam senarai pelancong yang datang ke Austria ialah Hallstatt, perkampungan kecil di rantau Salkzammergut yang terkenal dengan pengeluaran garam.

Oleh kerana garam telah banyak di gunakan oleh masyarakat setempat untuk pengawetan dan memberikan rasa untuk makanan, kampung ini mempunyai sejarah yang panjang tentang kekayaan dan martabat.

Merupakan salah satu pengalaman yang unik perlu bagi pelancong yang datang ke Austria.

14. Jalan Alpine Grossglockner

Jalan Alpine GrossglocknerJalan Alpine Grossglockner

Jika ingin melancong ke Austria melalui jalan raya, pasti jalan ini pilihan anda. Jalan Alpine yang mempunyai panorama yang sangat cantik membawa anda ke Pusat Pelawat Kaiser Franz Josefs Höhe. Dari sana, anda dapat melihat pemandangan gunung paling tinggi di Austria iaitu Grossglockner.

Jalan ini selalunya dibuka pada awal bulan Mei sehingga akhir Oktober. Jadi rancang perjalan anda supaya anda dapat peluang untuk melihat pemandangan yang jarang dilihat di tempat lain.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.