Machu Picchu: Misteri Bandar Hilang Inca

Pergi ke Peru dan tidak melawat Machu Picchu seperti pergi ke Paris dan mengabaikan Menara Eiffel.

Kebanyakan orang tidak akan mengabaikan tapak pra-Columbia yang penting ini kerana ianya merupakan tarikan yang paling menarik untuk melawat di negara Amerika Selatan ini.

Keindahan Machu Picchu

Apa yang menjadikan Machu Picchu sangat istimewa?

Untuk satu perkara, iaitu ianya merupakan tempat yang sangat terpelihara dan pernah menjadi Empayar Inca yang kuat.

Terletak di 2,430 meter (7,970 kaki) atas gunung Machu Picchu (puncak tua), tapak tersebut sangat menarik dan indah.

Dibina sekitar tahun 1450 untuk Maharaja Pachacuti, ianya telah ditinggalkan satu abad kemudian.

Machu Picchu Dataran

Ajaibnya, tapak tersebut telah terlepas dari rampasan dan pemusnah Conquistadores Sepanyol yang memusnahkan kesemua tempat yang boleh mereka dapat di Inca.

Selama berabad-abad, ianya menjadi tempat kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Tidak ramai di luar kawasan itu mengetahui akan kewujudannya.

Pergunungan Machu Picchu

Bandar hilang Inca kekal tanpa disentuh sehingga tahun 1911. Hiram Bingham merupakan seorang ahli sejarah Amerika dan penjelajah pada masa itu dalam perjalanan untuk ke persidangan di Chile mencari runtuhan Inca.

Bingham bukan sahaja menemui runtuhan Inca tetapi runtuhan arkeologi seluruh dunia dengan Machu Picchu.

Tempat tersebut menjadi tapak arkeologi yang paling penting di dunia.

peninggalan-machu-picchu

Kubu yang dikelilingi awan ini merupakan salah satu contoh terbaik seni bina Incan dan dibina pada waktu Incan menjadi tempat yang maju.

Struktur yang dibina daripada batu, tidak menjadi luar biasa ketika itu kerana di tempat lain juga diperbuat daripada batu.

Apa yang membuatkan Machu Picchu hebat dalam kejuruteraan adalah kerana batu-batu telah dipasang bersama-sama tanpa menggunakan mortar.

Runtuhan Machu Picchu

Batu tersebut telah dipasang bersama dengan ketat malah pisau nipis tidak boleh memasuki ruang-ruang yang terdapat di antara batu-batu tersebut.

Pembinaan batu tersebut digabungkan dengan sempurna bersama pergunungan di sekitarnya.

Advertisment

Machu Picchu mempunyai beberapa bahagian. Terdapat bahagian bandar dan bahagian pertanian, bandar lama diatas dan bandar baru dibawah dimana gudang boleh dijumpai.

senibina Pergunungan Machu Picchu

Secara keseluruhan, terdapat 200 bangunan boleh didapati di Macchu Pichu.

Salah satu tinggalan yang paling hebat adalah Kuil Matahari yang megah menghadap sungai Urubamba yang mengelilingi tapak pada tiga bucu dan Lembah Suci di bawah.

Ini juga merupakan salah satu kehebatan jurutera pada masa itu, iaitu “astrological overtones”. Pada solstis musim panas, matahari bersinar melalui tingkap kuil, dalam garisan yang sempurna dengan batu kuil dibina di sekelilingnya dan puncak gunung.

Misteri Machu Picchu

Satu lagi unsur luar biasa ialah batu istiadat yang dikenali sebagai batu Intihuatana, yang terletak di dalam lokasi yang tepat dan selari dengan kedua-dua ekuinoks tahunan yang sempurna.

Machu Picchu bukan sahaja merupakan kawasan mewah bagi pemerintah Inca. Oleh kerana lokasinya yang strategik, ia mungkin menjadi kubu kuat ketenteraan.


Artikel Menarik: Menyingkap Rahsia Peninggalan Ollantaytambo


Ia juga mungkin menjadi konotasi keagamaan kerana kuil-kuil di mana berlakunya pengorbanan manusia untuk menyenangkan hati para dewa telah dibuat.

Tidak semua orang yang telah dikorbankan mendapat pengkebumian yang betul kerana mayat mereka boleh ditemui di sekitar lokasi.

Tingkat Bangunan Machu Picchu

Satu lagi pemandangan yang mengagumkan merupakan 700 teres batu dibina di lereng gunung tersebut. Teres ini telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kawasan untuk pertanian, menyimpan air dan melawan hakisan.

Ahli-ahli sejarah pada hari ini masih lagi belajar tentang Machu Picchu, dengan harapan untuk membongkar lebih banyak misteri mereka.

Soalan terbesar masih lagi belum dijawab iaitu kenapa Machu Picchu dibina.

Ini mungkin kekal sebagai salah satu misteri terbesar yang tidak dapat diselesaikan kerana Inca tidak mempunyai bahasa bertulis.

Keretapi ke Machu Picchu

Terdapat beberapa jalan untuk ke Machu Picchu. Orang ramai boleh mengambil kereta api dari Cusco, 50 batu jauhnya dan menaiki bas untuk beberapa batu terakhir.

Jika anda penjelajah (backpakers) dengan fizikal yang kuat, anda boleh mengambil jalan untuk beberapa hari menggunakan jejak Inca.

Jalan tradisional ini merupakan jalan yang telah diambil oleh generasi Inca dan Bingham untuk sampai ke Machu Picchu.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.