Lapangan Terbang Terbiar: 14 Paling Unik & Menakjubkan di Dunia

Cerita yang sangat menakjubkan di sebalik 14 buah lapangan terbang terbiar terbesar, terpelik, termahal dan paling bersejarah, dengan gambar yang menarik. Gajah putih, pendaratan makhluk asing, dan Croydon: selamat datang ke dunia penuh misteri di sebalik lapangan terbang yang terbiar.

1. Lapangan Terbang Castellón–Costa Azahar Airport, Sepanyol

Lapangan Terbang Castellón–Costa Azahar Airport, Sepanyol

Apakah perkataan Sepanyol bagi gajah putih? Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada Mac 2011 dan sehingga kini, tiada lagi penerbangan komersial yang berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Castellon-Costa Azahar.

Ia dibina dengan kos 150 juta euro. Ciri paling utama bagi lapangan terbang baru yang terbiar berdekatan Valencia ini adalah patung peringatan bagi Carlos Fabra, ahli politik tempatan yang menjadi tulang belakang bagi pembinaannya.

Beliau disiasat bagi kes lari dari cukai dan rasuah. Baru-baru ini, Ryanair mengesahkan yang mereka akan membuka penerbangan ke lapangan terbang ini memikirkan tentang kebajikan penduduk di sana yang telah lama tidak dihiraukan.

2. Lapangan Terbang Terbiar Don Quijote, Sepanyol

Lapangan Terbang Don Quijote, Sepanyol

Kalau kamu merasakan 150 juta euros adalah pembaziran yang besar, bagaimana pula dengan 1.1 billion?

Lapangan Terbang Don Quijote (Nama rasmi: Ciudad Real Central) telah dibina pada tahun 1990s sebagai alternatif kepada Madrid-Barajas. Lapangan terbang ini terletak 50 minit dari Madrid melalui perhubungan kereta api laju dengan Seville.

Ia menjadi lapangan terbang peribadi antarabangsa pertama dan terakhir bagi negara Sepanyol. Operasinya gagal dan ditutup pada April 2012.

3. Berlin Templehof, Jerman

Berlin Templehof, Jerman

Dibina pada 1923, Berlin-Tempelhof ditutup daripada para pengunjung pada 31 Oktober 2008. Ia memegang gelaran sebagai bangunan terbesar di dunia hinggalah selesainya pembinaan Pentagon.

Ia memainkan peranan penting dalam Berlin Airlift tetapi, saban tahun, ia menjadi usang. Pada hari ini, ‘Tempelhof Field’ adalah taman awam terbesar di bandar itu dan bangunan lapangan terbang ini menjadi tempat bagi pelbagai acara sambutan dan fesyen.

4. Lapangan Terbang Croydon, England

Lapangan Terbang Croydon, England

Croydon dikatakan menjadi salah sebuah daripada 3 buah lapangan terbang ikonik pra-Perang Dunia Kedua, bersama-sama Le Bourget di Paris dan Templehof di Berlin.

Croydon sangat masyhur semasa peringkat awal penerbangan. Beberapa figura popular seperti Amy Johnson dan Charles Lindbergh melalui landasannya melalui jalan yang perlu dihentikan oleh lelaki yang mengibarkan bendera merah untuk ke Winston Churchill.


Artikel Menarik: 10 Destinasi Percutian Paling Bahaya di Dunia


Ia juga popular sebagai lapangan terbang pertama dengan kawalan trafik udara. Pada hari ini, terminal lama Airport House masih berdiri, didekorasikan oleh De Havilland Heron.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia, Cyprus

Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia, Cyprus

Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia pernah menjadi lapangan terbang paling penting di Cyprus. Malangnya, aktiviti komersial dihentikan selepas pencerobohan Turki pada tahun 1974.

Pada hari ini, tanah ini bukan milik mana-mana negara. Ia menjadi zon penampan Negara-negara Bersatu di mana dihalang daripada Greek dan Turki.

6. RAF Binbrook, England

RAF Binbrook, England

United Kingdom mempunyai beberapa lapangan terbang lama yang tidak digunakan, yang sedang menunggu untuk menjadi hab serantau atau projek mega Datuk Bandar London sebagai alternatif kepada landasan Heathrow ke-11. RAF Binbrook, berdekatan dengan Lincolnshire pernah digunakan oleh pengebom semasa Perang Dunia ke-2 dan terus digunakan oleh Tentera Udara sehingga 1980.

Ramai berpendapat bahawa popularitinya paling mencanak apabila digunakan sebagai set penggambaran filem Memphis Belle.

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza, Semenanjung Gaza

Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza, Semenanjung Gaza

Advertisment

Juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat, lapangan terbang ini beroperasi di Semenanjung Gaza dari pembukaannya pada 1998 dengan 700 000 pengunjung menggunakannya sepanjang tahun, tapi tidak lama.

Pada Disember 2001, tentera Israel meletupkan stesen radar dan bangunan kawalan, lalu menghentikan operasi lapangan terbang ini. Beberapa minggu selepas itu, mereka menghancurkan landasannya.

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Stapleton, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Antarabangsa Stapleton, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Antarabangsa Stapleton telah beroperasi di Denver, Colorado antara tahun 1929 hingga 1995. Ia digantikan oleh Antarabangsa Denver.

Pada Julai 1997, ribut menyebabkan kerosakan teruk pada strukturnya menyebabkan ia perlu diruntuhkan sepenuhnya. Yang tinggal hanyalah sebuah menara kawalan lama.

9. Stesen Udara Polis Marin El Toro, Amerika Syarikat

Stesen Udara Polis Marin El Toro, Amerika Syarikat

Welcome to Earth!” Itulah kata-kata Will Smith yang menyambut kedatangan makhluk asing dalam Independence Day.

Babak dari filem klasik blokbuster sci-fi 1996 melakukan penggambaran di lapangan terbang yang dinamakan sebagai Stesen Udara Polis Marin El Toro yang terletak di padang pasir California.

Ia kelihatan seperti sebuah tempat di mana kuasa luar biasa akan menjadikannya sebagai tempat pertemuan dengan planet kita. Ia ditutup pada tahun 1999 (bukan kerana serangan makhluk asing).

10. Galeville, Shawangunk, USA

Galeville, Shawangunk, USA

Lapangan terbang tentera kecil di utara New York ini dibina semasa Perang Dunia Kedua untuk digunakan sebagai akademi tentera.

Ia mempunyai dua landasan berturap dan beroperasi sebagai lapangan terbang awam selama beberapa tahun. Ia sekarang menjadi sebahagian daripada Shawangunk Grasslands National Wildlife Refuge.

11. Lapangan Terbang Terbiar Johnston Atoll, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Johnston Atoll, Amerika Syarikat

Bayangkan kita sedang mencuba untuk mendarat di sini. Lapangan Terbang Johnston Atoll ini adalah sebuah atoll kecil di Lautan Pasifik, beberapa ratus batu jauhnya dari Hawaii.

Ia pernah menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat pada abad ke-20 tetapi ditutup pada tahun 2005. Dibina di sebuah pulau kecil, ia menempatkan 400 orang dan mempunyai hospital bawah tanah.

Ia diserang oleh submarin Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan runtuhannya ditinggalkan begitu sahaja.

12. Floyd Bennett Field, New York, Amerika Syarikat

Floyd Bennett Field, New York, Amerika Syarikat

Pernah dikenali sebagai lapangan terbang utama New York, Floyd Bennet Field sangat sinonim dengan Amelia Earhart dan Horward Hughes.

Zaman kegemilangannya sudah tamat, digantikan dengan Lapangan Terbang Newark di New Jersey. Pada hari ini ia menjadi taman awam tetapi masih mengekalkan beberapa buah bangunan yang pernah menjadi sebahagian daripada lapangan terbang tersebut.

13. Lapangan Terbang Terbiar Robert Mueller Municipal, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Robert Mueller Municipal, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Mueller Municipal pernah beroperasi di bandar Austin, Texas dari tahun 1928 hingga 1999, sehinggalah ia ditutup secara rasmi dan digantikan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Austin Bergstrom.

Satu-satunya yang akan mengingatkan kita yang sebuah lapangan terbang pernah wujud di sana adalah sebuah menara kawalan lama.

14. Lapangan Terbang Terbiar Antarabangsa Kai Tak, Hong Kong

kai-tak-airport-hong-kong

Lapangan Terbang Antarabangsa Kai Tak adalah lapangan terbang utama Hong Kong dari tahun 1925 hingga 1998, hinggalah ia ditutup dan semua trafik berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong baru, yang terletak 30 batu ke arah barat.

Ia dikelilingi oleh gunung-ganang dan bangunan-bangunan. Ia juga merupakan salah sebuah lapangan terbang dengan penerbangan dan pendaratan paling terkenal di dunia terutamanya trek 13 yang popular kerana kapal terbang terpaksa membuat pusingan 90 hingga 180 darjah.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.