Istana Tercantik di Dunia 10 Yang Mengujakan

Istana tercantik di dunia di manakah ia? Istana dahulunya adalah tempat sang raja dan permaisuri diami dan selama tempoh hayat dinasti atau empayar mereka banyak tinggalan menarik yang boleh dilihat hari ini.

Dengan itu istana juga merupkan lokasi yang sering menjadi tumpuan traveler dan para pelancongan.

Terdapat sesetengah traveler sangat beminat untuk melawat dan melihat sejarah istana-istana yang ada diseluruh dunia.

Mungkin satu hari nanti anda juga seorang traveler yang sangat cenderung mencari destinasi yang mempunyai istana oleh itu kami senarai 10 istana yang sangat cantik berpotensi untuk dilawati.

Istana Pena

Istana Pena

10. Istana Negara Pena

Dibina pada tahun 1842 oleh Raja Ferdinand II, Istana Negara Pena di Portugal merupakan Istana Eropah yang tertua dalam gaya Romantisisme.

Istana telah dibina di atas runtuhan yang telah rosak teruk semasa gempa bumi Great Lisbon 1755. Hari ini, dengan warna merah dan kuning asal telah dikembalikan, Istana Negara Pena merupakan salah satu monumen paling kerap dilawati di Portugal.

Istana Mysore

Istana Mysore

9. Istana Mysore

Biasa digambarkan sebagai Kota Istana, Mysore di India mempunyai beberapa istana bersejarah di mana Istana Mysore merupakan yang paling terkenal.

Istana ini telah ditauliahkan pada tahun 1897 selepas istana lama musnah dalam kebakaran semasa majlis perkahwinan, dan telah dibina semula dan siap pada tahun 1912.

Semasa Festival Dasara pada bulan September dan Oktober, istana ini telah diterangi lebih 10,000 lampu, yang memberikan tarikan menakjubkan.

Istana Schonbrunn

Istana Schonbrunn

8. Istana Schonbrunn

Istana Schonbrunn yang mempunyai bilik berjumlah 1,441, setanding dengan kemegahan Verzailles, merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Vienna dan merupakan istana tercantik di Austria.

Istana ini dibina antara 1696 dan 1712 atas permintaan Maharaja Leopold I dan bertukar menjadi istana musim panas imperial oleh Maria Theresa.

Taman istana menawarkan banyak tarikan seperti Taman Privy, zoo tertua di dunia, maze dan labirin, dan Gloriette (rumah musim panas diperbuat dari marmar) terletak di atas bukit yang tinggi 60 meter.

Summer Palace

Summer Palace

7. Istana Musim Panas (Summer Palace)

Istana Musim Panas terletak 15 km dari pusat bandar Beijing dan dikuasai oleh Bukit Longevity dan Tasik Kunming.

Seperti namanya, Istana Musim Panas digunakan sebagai kediaman musim panas oleh pemerintah empayar China dan juga tempat berundur dari ‘Kota Larangan’.

Taman-taman diperluas secara agresif pada tahun 1750, menghasilkan semula gaya pelbagai istana dan taman dari seluruh China. Tasik Kunming telah dibesarkan untuk menyamai Tasik Barat di Hangzhou.

Istana Topkapi

Istana Topkapi

6. Istana Topkapi

Apabila Sultan Mehmet si penakluk mengambil Constantinople pada tahun 1453, beliau mula mengarahkan pembinaan kediaman baru.

Ini yang menjadikan istana yang bernama Topkapi. Istana ini kekal menjadi wilayah empayar sultan-sultan Uthmaniyyah selama empat abad, dari 1465 hingga 1853.

Advertisment

Sejak beberapa tahun, kompleks istana menjalani pengubahsuaian yang berterusan. Hari ini, kompleks ini terdiri daripada empat halaman utama dan banyak bangunan yang lebih kecil.

Kini ia merupakan tarikan utama di Istanbul dan merupakan istana tercantik di Turki.

Chateau de Chambord

Chateau de Chambord

5. Chateau de Chambord

Château yang kedua paling ramai dilawati di Perancis ini merupakan hasil karya daripada Renaissance Perancis. Chateau de Chambord mempuyai 440 bilik, 365 perapian, dan 84 tangga.


Artikel Menarik : Shanghai Disneyland 9 Jenis Permainan Baru Yang Awesome


Pembinaan château bermula pada tahun 1519 oleh Raja François I supaya beliau boleh memburu di kawasan hutan berdekatan.

Bilik-bilik yang sejuk dan besar daripada château membuatnya tidak popular sebagai kediaman asal dan François I sendiri hanya tinggal disitu kurang daripada 40 hari.

Istana Versailles

Istana Versailles

4. Istana Versailles

Versailles pada asalnya merupakan pondok memburu, yang dibina pada tahun 1624 oleh Louis XIII. Pengganti beliau, Louis XIV, mengembangkan tapak tersebut menjadi istana terbesar di dunia.

Dari 1682, menggunakannya untuk mengawal Perancis dengan kuasa mutlak. Istana Versailles kekal sebagai kediaman rasmi raja-raja Perancis sehingga Oktober 1789 apabila keluarga diraja dipaksa kembali ke Paris semasa Revolusi Perancis.

Istana Alhambra

Istana Alhambra

3. Alhambra

Sebahagian kubu, sebahagian istana dan sebahagian taman, Alhambra terletak di dataran tinggi yang menghadap kota Granada di selatan Sepanyol.

Istana ini telah dibina pada pertengahan abad ke-14 oleh Sultan Nasrid dan merupakan bukti kepada kemahiran tukang Islam pada masa itu.

Pada hari ini, Alhambra merupakan salah satu tarikan pelancong yang utama di Sepanyol dan ramai pelawat datang ke Granada hanya untuk melihat Alhambra.

Istana Potala

Istana Potala

2. Istana Potala

Terletak di bukit Marpo Ri, 130 meter di atas lembah Lhasa, Istana Potala ditingkatkan lagi 170 meter dan merupakan struktur monumen terbesar dalam semua Tibet.

Walaupun istana telah dibina disini pada abad ke-7, pembinaan istana pada hari ini bermula pada tahun 1645 semasa pemerintahan kelima Dalai Lama dan pada tahun 1648, Potrang Karpo, atau Istana Putih disiapkan.

Potrang Marpo atau Istana Merah, telah ditambah antara 1690 dan 1694. Istana Potala kekal sebagai kediaman Dalai Lama sehingga Dalai Lama ke-14 lari ke India, selepas pencerobohan orang Cina pada tahun 1959.

Istana Kota Larangan

Istana Kota Larangan

1. Istana Tercantik Dunia – Kota Larangan

Terletak di tengah-tengah Beijing, Kota Larangan merupakan kompleks istana terbesar di dunia yang meliputi 72 hektar.

Dibina dari 1406 sehingga 1420, kompleks terdiri daripada 980 bangunan yang masih kekal dengan 8,707 bilik dikelilingi oleh parit dengan kedalam enam meter dan dinding berukuran 10 meter tinggi.

Jarak antara pagar Tiananmen dan pagar Divine Might ialah 960 meter. 24 maharaja telah memerintah seluruh negara hampir lima abad dari Kota Larangan sehingga pelepasan Puyi, maharaja terakhir China.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.