Bercuti Di Jepun: Bagaimana Ingin Travel Bajet

Bercadang untuk bercuti di Jepun? Pengalaman mewah bersama teknologi masa hadapan di Tokyo, atau berjumpa dengan perempuan Geisha tradisional di Kyoto, tapi anda fikir bercuti ke Jepun terlalu mahal?

Fikir sekali lagi. Disini terdapat tujuh tips tentang bagaimana ingin bercuti ke Jepun dan melihat sudut kewangan yang besar dalam bajet anda.

1. Dapatkan pass kereta api Jepun

Dapatkan pass kereta api Jepun

Tiada yang lebih seronok melihat Jepun dari tingkap kereta api. Pass kereta api JR merupakan cara untuk melihat suasana di Jepun.

Ianya menawarkan perjalanan tanpa had di rangkaian Japan Rail untuk satu, dua, atau tiga minggu untuk kesemua servis kecuali perkhidmatan ekspress paling laju.

Ia hanya disediakan untuk orang ramai yang mempunyai visa pelancong. Apa yang anda perlu di buat ialah beli pas sekurang-kurangnya seminggu atau lebih awal untuk perjalanan anda ke Jepun.

Pas kereta api untuk seminggu berharga sekitar ¥28,300 atau kira-kira RM830. Tambang pergi balik yang biasa dari Tokyo ke Kyoto adalah ¥27,000, kira-kira RM800.

Jadi dengan hanya satu tambang untuk pulang dari Tokyo ke Kyoto, anda hampir dapat meliputi kos bagi pas kereta api JR.

2. Menaiki bas

Menaiki Bas di Jepun

Jika anda berada di Jepun tanpa pas kereta api JR, pertimbangkan untuk menaiki bas. Sebagai contoh, melancong dengan Willer Express, anda boleh melakukan perjalanan dengan hanya ¥3500 sehala dari Tokyo ke Kyoto.

Masa perjalanan kira-kira lapan jam dan anda boleh menempah secara atas talian melalui laman sesawang mereka yang berbahasa inggeris.

3. Makan di luar di sebuah pasar raya

Makan di luar di sebuah pasar raya

Jika anda mempunyai bajet yang sedikit di Jepun, makan sekurang-kurangnya sekali sehari di kedai-kedai tempatan, selalunya sebuah kedai 7-eleven. Ini bukan keadaan yang anda selalu buat pun.

Anda boleh pilih dari makanan yang lazat seperti ikan salmon di atas nasi dengan kicap mentega atau makanan sushi yang pelbagai atau cuba soboro bento ayam mereka dengan coleslaw dan bayam. Sangat Lazat!

Pekerja akan mengosongkan rak selepas bekerja, jadi pergi ke sana awal untuk mendapatkan lebih pilihan makanan terbaik.

Satu tip yang berguna: mesin ATM di 7-eleven merupakan salah satu tempat yang hanya menerima kad bank dari negara luar.

4. Datang ke rangkaian makanan segera tertua di dunia

Datang ke rangkaian makanan segera tertua di dunia

Bercuti di Jepun tetapi risau makanan mahal? Yoshinoya merupakan rangkaian makanan segera tertua di dunia, menyediakan makanan yang cepat, murah serta sedap.

Hidangan utama mereka ialah semangkuk daging lembu, aka Gyūdon. Apa yang anda dapat ialah semangkuk nasi diisi dengan daging dan bawang dengan lumuran sedikit sos manis berperisa dengan dashi (ikan dan stok rumpai laut), kicap yang sedap.


Baca: 10 Perkara Yang Paling Top Dibuat di Tokyo


Mereka juga menyediakan halia merah (beni shōga) dan teh Jepun (ocha) secara percuma. Ia cuma berharga ¥500 (RM16) dengan semangkuk sup miso. Sangat berpatutan! Untuk muslim pastikan anda dapatkan restoran yang diiktiraf halal.

5. Pertimbangkan hotel kapsul dan kafe internet

Pertimbangkan hotel kapsul dan kafe internet

Wikimedia /Peter Van den Bossche

Ingin bercuti di Jepun tetapi ingin penginapan murah? Ramai orang mengatakan penginapan di Jepun sangat mahal tetapi ada sesetengah pilihan bajet yang mesra.

Hotel kapsul telah dibina untuk memberikan ahli perniagaan Jepun tempat berehat jika mereka terlepas kereta api terakhir untuk balik rumah atau terlalu mabuk selepas beberapa minuman dengan rakan.

Jika anda mengalami claustrophobia, perlu pertimbangkan bilik ini kerana ianya kecil: apa yang anda dapat adalah tiub dengan tilam.

Hotel Sembilan Jam di lapangan terbang Narita menawarkan jubah, ubat gigi, berus gigi serta selipar untuk anda. Pengalaman lain untuk dirasai ialah tidur di kafe internet.

Jika anda sampai lambat, anda boleh dapatkan bilik dari tengah malam sehingga 8 pagi berharga sekitar RM110.

Dalam banyak keadaan anda mungkin akan tidur di sofa, tetapi jika ada wang sedikit, ini merupakan pilihan yang anda mungkin ingin pertimbangkan. Kafe sering mempunyai pancuran mandi juga.

6. Bercuti di Jepun tapi minum air dari tap

Bercuti di Jepun tapi minum air dari tap

Jangan bazirkan duit anda untuk sebotol air di Jepun. Semua tap air di Jepun boleh diminum dan selamat. Hanya beli sebotol air dari pasar raya dan isi semula di hotel anda atau dimana sahaja anda berada.

7. Lawat dek pemerhati percuma di Tokyo

Metropolitan Tokyo

Disini terdapat tip menarik untuk anda yang lawati Tokyo. Untuk paparan terbaik seluruh bandar, naik ke tingkat 45 Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo di Shinjuku.

Bangunan itu menawarkan dua dek pemerhati percuma dimana anda boleh melihat pemandangan cantik keseluruhan bandar. Pada hari yang cerah, nampaknya anda boleh melihat Gunung Fuji juga.

Tips-tips ini pasti dapat membantu anda untuk berbelanja dengan kos yang bajet dan terendah. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan, kerana kos percutian dan travel adalah terlalu subjektif untuk dibincangkan.

    Add Your Comment

    CommentLuv badge

CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.