Beg Travel: 10 Perkara Penting Untuk Perancangan Travel

Beg travel anda tak muat? Pernah sekali, suami kepada seorang kawan bercuti selama dua minggu di Bali dengan membawa bersama sebuah beg gergasi, mengheret beg tersebut di kawasan sesak dengan orang ramai.

Ketika si suami membuka begnya di dalam bilik hotel, si isteri terbeliak melihat tidak kurang tiga pasang cermin mata hitam, tiga sut, sebuah pengering rambut, sehelai seluar dalam dan tidak ada sarung kaki sama sekali.

Dengan berat maksimum bagasi telah dikurangkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan, dan caj tambahan yang kini semakin mahal bagi sebarang berat berlebihan.

Adalah menjadi satu kepentingan untuk mengatur bagasi yang dibawa dalam pelancongan sebaik mungkin, dan melancong seringan yang mungkin.

Bagasi dan Beg Travel

1. Bagasi dan Beg Travel

Jika beg pakaian atau beg anda sudah berusia lebih lapan tahun, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan beg bagasi baru yang lebih moden.

Kebanyakan beg bagasi baru kini adalah mengikut standard yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan dari segi saiz (bagasi yang boleh dibawa masuk ke dalam kapal).

Juga, beg bagasi moden direka dengan fabrik dan bahan plastik yang jauh lebih ringan, tahan lasak dan mudah untuk dibawa dengan bantuan roda dan rod pemegang.

Selain daripada itu, bergantung kepada syarikat pengeluar beg bagasi, ada rekaan yang menawarkan pilihan kompartmen yang pelbagai, sisi beg yang boleh diperbesarkan, zip yang jauh lebih kuat, dan roda yang mudah untuk dikawal dan rod pemegang yang jauh lebih panjang.

Beg untuk melancong seharusnya direka dengan baik, dan cukup kukuh untuk berfungsi seperti yang kita inginkan.

Jarak roda yang lebar membolehkan keseimbangan yang baik dan pergerakan yang jauh lebih lancar, dan tali beg seharusnya kukuh dan selesa untuk dipegang.

Pilih tali beg yang menawarkan span jika anda merancang untuk mengantung bagasi di bahu.

Sasarkan untuk mendapatkan beg bagasi yang bergaya dan memiliki banyak fungsi, dengan menyedari bahawa anda tahu beg tersebut digunakan untuk apa serta berdasarkan tujuan anda.

Adakah beg kain lebih sesuai untuk dimasukkan dalam but kereta berbanding yang bersisi keras? Bagaimana pula dengan saiz, adakah anda merancang untuk memasukkan beg bagasi ke dalam kokpit atau membawanya masuk ke dalam kargo?

Beg pelancongan yang baik untuk perjalanan pendek seharusnya berada dalam julat saiz standard bagi mana-mana kabin syarikat penerbangan.

Contohnya yang berdimensi 105cm untuk penerbangan tempatan dan 115cm untuk penerbangan ke luar negara.

Beg Galas Kecil

2. Beg Travel Galas Kecil

Sebuah beg ringan juga merupakan satu keperluan, samada beg sandang yang biasa atau beg bertali yang boleh digalas di belakang, untuk dibawa bersama ketika keluar ke destinasi (beg besar ditinggalkan di hotel).

Elakkan beg travel yang mempunyai roda kerana ini akan menghadkan perjalanan anda – seperti turun naik tangga atau kawasan berbatuan kecil – dan ianya boleh menjadi sesuatu yang agak menganggu.

Susun Pakaian Dalam Beg Travel

3. Susun Pakaian Dalam Beg Travel

Semak keadaan cuaca atau iklim di destinasi anda, dan pilihlah pakaian yang bersesuaian.

Pilih pakaian yang boleh dipelbagaikan gaya apabila digabungkan antara satu sama yang lain, mudah dibasuh dan fabrik mudah kering, yang mana tidak perlu diseterika.

Gulung pakaian anda dan jangan sesekali melipatnya untuk menjimatkan ruang beg yang sedikit dan pakaian menjadi kurang berkedut.

Meskipun anda memiliki pakaian yang perlu diseterika, kebanyakan hotel menyediakannya.

Jika tidak, samada gantungkan pakaian anda di dalam bilik mandi berwap atau lembapkan ia dan kemudian ratakannya dan keringkan dengan pengering rambut, yang mana akan memberikan kesan yang serupa.

Masukkan barang-brang kecil, seperti sarung kaki (stokin) contohnya, di dalam kasut, untuk mendapatkan lebih banyak ruang.

Jika perjalanan anda mengambil masa yang agak panjang dan benar-benar memerlukan banyak pakaian untuk semua jenis cuaca, pertimbangkan untuk membeli beg mampatan, samada yang automatik, atau yang boleh dimampatkan dengan pembersih vakum, untuk menyedut keluar semua udara sebelum meletakkannya ke dalam beg.

Sentiasa sertakan kain sarung, yang mana boleh berfungsi sebagai selendang/ skirt/ pakaian/ pengikat kepala dan sebagainya, bergantung kepada bagaimana anda mengikatnya, dan jangan bimbang tentang kehabisan pakaian kerana kemudahan dobi sentiasa ada, atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya (ekonomi tempatan contohnya di India).

Dan, sudah tentu, apa lagi alasan terbaik untuk membeli belah jika bukan ketika anda memerlukannya? (Anda pasti tersenyum 😀 )


Artikel Berkait : 10 Tips Cara Mengemas Beg Untuk Travel


4. Seluar Dalam Semasa Travel

Sediakan cukup untuk lawatan selama tujuh hari; lebih dari itu, anda perlu membuat cucian anda sendiri atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya untuk anda.

Terdapat banyak kajian berkenaan seluar dalam pakai buang, namun ianya merupakan sesuatu yang agak mahal, selalunya tidak selesa, dan merupakan satu pembaziran.

Di samping itu, meninggalkan jejak di rantau orang adalah tidak baik bagi disesetengah negara dan meninggalkan seluar dalam di hotel atau tempat penginapan adalah sesuatu yang kurang menyenangkan.

Kasut Perlu Dalam Beg Travel

5. Kasut Perlu Dalam Beg Travel?

Bergantung kepada jenis percutian anda, pakai pasangan kasut berjalan yang terbaik semasa di dalam kapal terbang untuk mengelakkan anda membungkusnya dan membawanya di dalam beg.

Bawa juga sepasang kasut kasual, yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti, sepasang Crocs contohnya yang juga boleh dibawa ke kawasan pantai.


Kasut Modular Traveler : Shooz Kasut Modular Hi -Tech Pertama Di Dunia


Kasut boleh memakan banyak ruang jadi cuba untuk meminimakan jumlah yang anda bawa. Pastikan pasangan kasut yang anda bawa adalah cukup selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Jangan sesekali membawa kasut baru yang belum pernah dipakai, terutamanya jika ianya bukan untuk dibawa berjalan.

Tiada kata-kata boleh diungkapkan untuk menyatakan kesakitan apabila anda berjalan dengan kasut baru apabila ianya tidak sesuai dengan dengan keselesaan terutamanya aktiviti percutian yang banyak berjalan dan dalam keadaan panas.

Alat Mandian

6. Alat-Alat Mandian

Tinggalkan semua botol kaca yang berat di rumah. Tuangkan syampu kegemaran anda, perapi dan mana-mana losyen muka dan kulit ke dalam botol plastik kecil, ubat gigi sampel yang kecil, dan letakkan kesemuanya dalam bekas plastik lutsinar yang boleh ditutup.

Kirakan jumlah pil-pil dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk perjalanan anda, dan letakkan ianya di dalam sebuah bekas plastik kecil yang kosong.

Elakkan untuk memakan pil dalam kes sembelit, cirit, sakit perut, disentri, krim untuk gigitan dan ruam, dan pelbagai pilihan kain pembalut.

Melainkan destinasi terakhir anda adalah di tengah-tengah antartika, kesemua yang anda perlukan boleh dibeli di farmasi tempatan.

Dan jangan lupa sama sekali untuk membawa benda penting ini: insurans perjalanan.

Gadget dan Beg Travel

7. Gadget Dan Beg Travel

Teknologi pada hari ini telah membebaskan kita dari membawa naskah – naskah buku dan pamplet daripada lapangan terbang untuk dibaca.

Kini sebuah tablet ringan atau Kindle boleh memuatkan begitu banyak bahan bacaan beresolusi tinggi, dan jangan sesekali melupakan alat pengecas.

Sebaiknya, biarlah pengecas tersebut boleh mengecas gadget/ peranti anda yang lain juga, atau jika tidak, melaburlah untuk membeli pengecas dan kabel universal yang mana boleh mengecas kesemuanya melalui sambungan pada tablet anda.

Pastikan telefon anda dipasangkan dengan aplikasi Skype, WhatsApp, Telegram untuk panggilan murah, atau percuma.

Lampu suluh yang kecil atau lampu-suluh kepala boleh menjadi bahan yang amat penting untuk mana-mana percutian yang melibatkan perkhemahan, berjalan pada waktu malam, gua cacing bercahaya atau sekadar anda ingin membaca pada waktu malam tanpa menganggu rakan di tepi anda.

Penyumbat telinga juga boleh menjadi sesuatu yang sangat penting.

Tinggalkan pengering rambut anda di rumah dan walaupun di destinasi anda tidak menyediakannya, biarlah rambut anda terbair secara semulajadi, atau kunjungilah pendandan rambut tempatan untuk sesuatu yang mungkin boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Jika ianya teruk sekalipun, ia membuka mata anda kepada kemungkinan rupa terhodoh rambut anda. 😀

Untuk golongan perempuan terutamanya, tinggalkan juga alat pelentik bulu mata, pelurus rambut dan mesin kopi mudah alih. Inilah motif percutian.

Makanan Ketika Travel

8. Makanan Ketika Travel

Membawa makanan merupakan tindakan yang kurang logik melainkan anda memerlukan satu diet khusus untuk sebab-sebab kesihatan dan keperluan badan anda.

Jika anda benar-benar memerlukan makanan tersebut, buat semakan samada ianya dijual di destinasi anda atau bungkuskan bersama-sama anda sedikit makanan tersebut.

Dengan pemahaman bahawa sebahagian makanan tidak dibenarkan untuk melepasi sempadan (imegresen).

Sebuah balang kecil kopi bebas kafein atau sebungkus teh herba contohnya, merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesetengah traveler.

Jika anda merancang untuk membuat pendakian, makanan campuran untuk kecemasan mungkin berguna, atau panduan perjalanan yang boleh dimuatkan di dalam tablet yang mana boleh menunjukkan anda arah ke kedai-kedai makanan atau kafe terdekat.

Untuk aktiviti berjalan di dalam denai belukar atau perkhemahan, beberapa makanan dehidrasi boleh menjadi sangat berguna dan bungkus mana-mana yang jauh lebih ringan daripada roti jika anda masuk ke kawasan belukar.

Dan, tak kira betapa menggodanya idea untuk anda merancang menurunkan berat badan semasa melancong dengan tidak makan secukupnya – melainkan anda cuba untuk tidak sihat – ianya tidak akan berjaya. Tidak sama sekali!

Bagaimana Untuk Berpakaian Ketika Travel?

9. Bagaimana Untuk Berpakaian Ketika Travel?

Jika anda menaiki kapal terbang dan terasa untuk kelihatan lebih bergaya, lelaki seharusnya sentiasa memakai baju berkolar dan memiliki jaket kemas yang berguna.

Golongan wanita juga seharusnya kelihatan bergaya, dengan memakai kasut berbanding kasut sukan semata-mata.

Hanya mereka yang menjangkakan untuk berdepanan dengan paparazzi semasa di destinasi sahaja perlu memakai kasut tumit dan solekan tebal.

Untuk percutian yang lain, keselesaan adalah kepentingan terutama, dengan pakaian yang longgar, kasut boleh dibuka ikatan talinya dengan mudah atau kaki dapat dikeluarkan dengan mudah, dan sehelai jaket kasual, atau Pashmina untuk membantu jika suhu turun atau menjadi sejuk.

Jika ianya merupakan penerbangan yang panjang, pakaikan juga stokin mampatan.

Dalam syarikat penerbangan yang memiliki jumlah maksimum berat bagasi yang rendah, pakai jaket perjalanan dengan poket yang besar.

Anda pasti akan terkejut dengan berapa banyak barang anda boleh bawa bersama-sama diri anda.

Beg Travel & Percutian

10. Dan Jika Semuanya Gagal…

Membeli-belahlah! Ianya merupakan salah satu keseronokan sebenar ketika melancong.

Membeli-belah di tempat asing untuk barangan yang anda perlukan atau mungkin suka, di kedai-kedai yang anda tidak pernah dengar atau tahu, bersama-sama barangan yang anda mungkin tidak tahu wujud dan masyarakat tempatan yang anda mungkin ingin jumpa.

Sebagai contoh, barangan di Jepun kebanyakannya unik-unik belaka dan masyarakatnya amat peramah, ianya pasti menyeronokkan untuk membeli-belah di sana.


Tips ini mungkin nampak mudah untuk membuat perancang apa yang perlu dibawa dan di masukkan dalam beg travel anda.

Perancangan yang rapi pasti mengembirakan dan memudahkan perjalanan percutian yang pastinya kita ini merasa keseronokkan. Kurangkan masalah remeh dan fokus kepada pengembaraan anda.

CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.