5 Kapal Terbesar Di Dunia Untuk Percutian Cruise Mewah

Percutian di atas Kapal Cruise mewah adalah impian dan menjadi idaman bagi semua orang. Kapal-kapal yang mempunyai keluasan yang lebih luas daripada padang bola sepak ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan serta tempat-tempat yang mewah.

Anda akan merasa seperti berada di sebuah pekan apabila berada di atas salah satu kapal cruise mewah ini. Disini kami ingin menyertakan lima tangga teratas kapal terbesar bagi percutian mewah anda.

1. Anthem of the Seas

Anthem of the SeasAnthem of the Seas

Anthem of the Seas telah dihantar ke pihak Royal Caribbean pada 10 April 2015. Antara salah satu kapal yang terbesar dan mewah ini, ia dapat menampung sehingga 4,180 penumpang.

Mempunyai kapsul kaca berbentuk berlian setinggi 300 kaki dari permukaan air, ia menawarkan pemandangan 360 darjah sekitar lautan.

Anthem of the SeasAnthem of the Seas

Di dalam kapal ini terdapat tempat bernama SeaPlex yang mempunyai kawasan sukan dalaman dan hiburan terbesar seperti kereta bumper, roller skating dan permainan video.

Anthem of the SeasAnthem of the Seas

Di dalam setiap kabin kapal ini mempunyai televisyen, telefon dan juga tempat mandi. Di dalam kabin ini juga terdapat balkoni alam maya yang memberikan anda pemandangan lautan yang sangat indah.


2. Quantum of the Seas

Quantum mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dengan pelbagai teknologi masa hadapan yang buatkan anda teruja apabila menaiki kapal ini.

Ia mempunyai gondola yang melekat pada tangan mekanikal dan memberikan pemandangan sekitar lautan pada ketinggian 300 kaki dari permukaan air.

Pelayan bar yang terdapat di dalam kapal ini juga adalah secara automatik menggunakan robot. Anda hanya perlu memesan minuman melalui tablet dan menunggu pelayan bar automatik buat minuman untuk anda.

Quantum of the SeasQuantum of the Seas

Sistem mengesan bagasi jika anda hilang juga boleh didapati di sini. Anda hanya perlu melihat tablet anda untuk mengesan di mana bagasi anda berada.

Band pergelangan tangan yang menggunakan teknologi RFID memberikan kemudahan kepada anda kerana anda hanya perlu imbas band tersebut untuk memasuki bilik atau ingin membayar makanan anda.

Advertisment


3. Oasis of the Seas

Oasis of the SeasOasis of the Seas

Oasis merupakan saudara kembar kepada kapal yang bernama Allure of the Seas. Oasis of the Seas membuat rekod baru dengan membawa penumpang dengan lebih 6,000 orang.

Kos pembuatan kapal ini mencecah 1.4 bilion dollar dengan berat 100,000 tan. Terdapat pelbagai jenis kemudahan untuk penumpang yang berada di atas kapal ini seperti mini-golf, beberapa buah bar, kelab, kolam renang serta gelanggang bola tampar dan bola keranjang.

Oasis of the SeasOasis of the Seas

Jika anda inginkan pengalaman yang sangat menarik, anda boleh pergi ke taman di tengah kapal tersebut yang menawarkan pemandangan lebih 12,000 pokok yang hidup.


4. Allure of the Seas

Allure merupakan salah satu kapal terbesar didunia yang telah dibina di Turku, Finland. Perjalanan pertamanya adalah pada Oktober 2010, ketika kapal berangkat ke port asalnya, di Florida.

Di dalam kapal ini, anda dapat merasa meluncur ais di kawasan tertutup. Royal Promenade yang terdapat di atas kapal ini menjadi kawasan popular bagi sesiapa sahaja yang suka membeli belah.

Dengan kawasan seluas padang bola sepak membuatkan ia tempat yang sangat menarik serta pencahayaan sinaran cahaya matahari pada waktu siang. Jika anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh cuba zipline yang merentasi kapal tersebut serta aktiviti rock climbing.

Aktiviti ini adalah percuma dan anda boleh mencuba sebanyak mana yang anda mahukan. Jika anda ingin meluncur air, kapal ini juga menyediakan simulator meluncur air yang sangat menarik.


5. Harmony of the Seas

Harmony of the SeasHarmony of the Seas

Harmony of the Seas merupakan kapal cruise terbesar didunia dan penuh dengan aktiviti yang perlu anda lakukan.

Kapal yang mempunyai kepanjangan 1,187 kaki ini melebihi ketinggian Menara Eiffel dan juga mempunyai keluasan yang tidak terdapat pada mana-mana kapal cruise yang lain.

Harmony of the Seas BackHarmony of the Seas

Ia boleh membawa 6,360 penumpang. Merupakan kakak kepada kapal Oasis dan Allure, ia mempunyai berat melebih 1,700tan.

Harmony of the SeasHarmony of the Seas

Harmony mempunyai kawasan slide air multi-deck yang merupakan pertama untuk pihak Royal Carribean. Kapal yang dilengkapi dengan 40 buah restoran ini juga mempunyai lebih 2,000 kru kapal yang berkerja.

Cruise Harmony of the SeasCruise Harmony of the Seas

Saiz kapal yang sangat besar ini membuatkan anda terlupa bahawa anda sedang berada di atas kapal. Terdapat pelbagai jenis aktviti yang dapat anda lakukan di atas kapal ini seperti rock climbing, dua pusat luncur air, meluncur ais serta pelbagai lagi.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.