5 Alat Gajet Perkemahan Terbaru Yang Awesome Untuk Kaki Travel

Dengan hari yang panjang dan nyaman musim panas akan berkahir di kawasan paling ramai penduduk di dunia di atas garisan khatulistiwa, ia mungkin kelihatan seperti masa yang pelik untuk mencari alat perkhemahan.

Tetapi, banyak alat perkhemahan yang baru sudah dimulakan penghantarannya atau diperkenalkan pada musim bunga 2017. Bagi kita di Malaysia tidak banyak bezanya apabila aktiviti berkemah dilakukan, terutamanya di kawasan hutan.

Jadi kita melangkah ke hadapan untuk melihat alat perkhemahan yang berguna ini supaya anda boleh bersedia dengan perkemahan di masa apa jua untuk musim panas seterusnya atau musim luruh, sejuk bahkan di kawasan tropika jika anda inginkan cabaran yang lebih hebat.

Berkhemah mungkin bermaksud anda perlu membuang segala jenis alat elektrik yang menggunakan bateri sepenuhnya supaya anda lebih fokus kepada sesuatu yang mudah seperti melihat bintang dan dengar bunyi api atau cengkerik bukan?

Tetapi, ini tidak bermakna sesetengah alat yang dipilih dengan teliti tidak boleh meningkatkan pengalaman anda.

Oleh itu, saya menyertakan beberapa alat perkhemahan terbaru dan mesra pengguna yang lebih menyeronokkan ketika anda sedang berkhemah.

Anda boleh lihat alat perkhemahan yang telah dipilih yang merupakan baru dan akan datang di video di bawah:

1. Speaker DreamWave Survivor

Speaker ini merupakan salah satu bahagian kecil gelombang daripada alat serbaguna yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini termasuk Survivolts dan Touch 1K.

Semasa berkhemah, ia merupakan speaker Bluetooth 30W dan lampu LED, dengan berbekalkan  bateri lithium polimer berkapasiti 12,000-mAh yang boleh memainkan muzik selama 16 jam dan lampu yang mencapai jauh sepanjang 400 kaki dalam kegelapan.

Ianya boleh juga lakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh speaker Bluetooth yang lain iaitu ‘jumpstart’ sebuah kereta 7.0-liter berkuasa-V8.

Sudah pasti anda tidak perlukannya semasa anda berada di sebuah resort, tapi jika anda merancang  untuk membuat kem jauh terpencil, ianya mungkin menyelamatkan anda daripada penat menunda kereta anda.

Speaker DreamWave Survivor kini boleh didapati dengan harga $280.

2. Beg Tidur NoZipp

Perkara yang paling teruk tanpa anda sedar ialah ketika ingin membuang air kecil pada pukul 3 pagi semasa anda berada dalam perkemahan dan ianya pasti merimaskan.

Maksudnya anda perlu bergegas keluar daripada beg tidur anda, terpaksa keluar melalui halangan seperti beg galas, lampu dan rakan-rakan, perlu buka satu lagi zip atau dua sewaktu separuh tidur, mencari tempat yang baik untuk melepaskan hajat pada waktu pagi yang sejuk dan basah.

Perkara ini membuatkan kerja yang mudah menjadi lebih lama.

Beg tidur NoZipp tidak akan sepenuhnya mengubah tabiat ini, tetapi ia memberikan masa lebih cepat dan mudah.

Daripada menggunakan zip, beg ini menggunakan magnet untuk dibuka. Jadi anda hanya perlu buka seperti koyakkan baju dan keluar dari beg tersebut.

Advertisment

Selain itu, ia juga mempunyai bentuk yang boleh mengembang untuk lebih selesa berpusing dan mempunyai sistem pengudaraan untuk memastikan anda lebih hangat dan selesa.

Beg yang kalis air dan memberi pengurangan berat beg bersuhu 15 ° F (-10 ° C) sekitar 2.5lb (1.1kg).

Beg tidur NoZipp kini boleh didapati dengan harga $399.

3. Beg Tidur Liner Panas Boleh Pakai, Ravean

Pakar pakaian haba, Ravean mempunyai cara yang kreatif untuk membuatkan anda sentiasa hangat, didalam khemah mahupun di sekitar kem.

Beg tidur mereka yang panas menambah suhu sehingga 20 darjah ke beg anda untuk tidur pada waktu malam.

Ianya juga mempunyai keselamatan yang tinggi dan apabila keluar daripada khemah, anda akan merasa lebih hangat dan selesa walaupun udara pada waktu pagi di luar sangat sejuk.

Ravean telah melepasi matlamat Kickstarter mereka awal tahun ini dan sekarang sudah menawarkan beg tidur ini untuk pra-tempah dengan harga $199.95, dengan tarikh keluar pada 31 Mac 2017.

4. Penyaman Mudah Alih Zero Breeze

Mungkin kekal panas tidak menjadi masalah kepada anda, mungkin juga ia mengelakkan anda terus terjaga sepanjang malam dalam keadaan bermandi dengan peluh.

Di rumah, anda boleh buka penghawa dingin atau buka kipas dan sambung semula tidur. Tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah jika anda berada didalam khemah yang tiada bekalan kuasa elektrik.

Orang yang berkhemah sangat bernasib baik kerana dengan penghawa dingin mudah alih yang terkini ini anda tidak perlu risau lagi.

Berbekalkan pek bateri berkapasiti 40,000 mAh, Breeze Zero membawa tahap kesejukan yang membeku sehingga suhu 45 ° F / 7.2 ° C ke khemah anda tanpa memerlukan kuasa elektrik atau penjana.

Ia juga berfungsi sebagai cahaya LED, speaker Bluetooth dan pengecas mudah alih untuk telefon dan alat lain. Ahli Zero Breeze telah meningkat 5 kali matlamat Kickstarter mereka dan kempen masih lagi berjalan.

Zero Breeze dengan bateri yang ditawarkan dengan tahap ikrar $568 dan keatas akan melakukan penghantaran bermula Mac 2017.

5. Cawan Yecup 365 Sejuk/Panas

Kopi akan menjadi sejuk dengan cepat di atas gunung yang tinggi pada waktu pagi. Begitu juga situasi di padang pasir yang panas diperlukan air yang sejuk untuk mengurangkan suhu badan kita.

Jika anda ingin jaminan suhu optimum untuk minuman anda, Yecup 365 penyelesaiannya.

Bukan sahaja cawan elektronik ini mampu memanaskan atau menyejukkan minuman anda, ianya juga dengan aktif mengawal suhu minuman anda pada suhu persekitaran yang sesuai, 158° F (70° C) suhu maksimum dan 50° F (10° C) suhu minimum.

Anda boleh melaraskan suhu seperti mana yang anda mahukan dengan menggunakan telefon pintar, dan baterinya boleh digunakan untuk mengecas peranti anda juga.

Yecup merupakan alat yang sangat berjaya dalam kempen Indiegogo awal tahun ini. Pada kempen baru-baru ini, syarikat sudah mula mengeluarkan corak alat dan mula bekerja untuk menghasilkan komponen Yecup 365.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.