10 Tip dan Trik Terbaik Untuk Travel Backpacking

Anda mencari Tips Travel Backpacking?

Bayangkan. Anda dah masukkan passport ke dalam beg. Anda sudah pun memeriksa masa penerbangan sebanyak 3 kali. Tempat penginapan pun sudah ditempah. Rasa macam semua sudah lengkap, betul tak? Salah.

Tidak kiralah anda ingin pergi semasa cuti semester, atau berehat sementara dalam kerjaya, ataupun ingin bercuti di luar negara lama-lama, backpacking biasanya memerlukan lebih persediaan daripada percutian biasa.

Anda perlu menyediakan bajet lebih dan tahu cara untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Begitu juga dengan persediaan mental dan fizikal apabila sentiasa berada dalam keadaan on the go. Banyak benda nak kena fikir.

Di bawah adalah beberapa tip bagaimana kita boleh memaksimumkan pengalaman sepanjang bercuti secara backpacking dan mengelakkan tekanan dan masalah yang tidak diingini sepanjang percutian.

Ia akan memastikan percutian yang berjalan dengan baik dan lancer. Sebelum anda pergi:


1. Jalankan Kajian Ringkas

Walaupun backpacking melibatkan banyak perkara yang sepatutnya dilakukan secara spontan, ini tidak bermaksud kita tidak perlu melakukan apa-apa persediaan atau pemeriksaan.

Anda boleh membaca buku panduan untuk memberi inspirasi bagaimana untuk menjalankan trip anda.

Langkah mudah ini pasti akan membantu sepanjang trip dan anda pasti akan lebih teruja untuk memulakan trip anda.

Anda mencari Tips Travel Backpacking

2. Kemas Barang Dalam Beg Dengan Betul

Selain daripada mengurangkan bayaran untuk beg dalam penerbangan, anda perlu ingat yang beg itu akan berada di atas belakang anda untuk masa yang lama berbanding dengan traveller biasa.

Jadi, kemas barang dengan betul. Perlu tak stoking sampai 40 pasang? 10 buah buku? 9 botol sunblock? Ingat, walaupun anda sedang bercuti, anda masih boleh membasuh baju dan membeli barang kebersihan diri.

Jadi, simpan ruang untuk meletakkan keperluan yang boleh dibeli setelah sampai. Walaupun anda bercuti sambil berjimat, anda boleh membeli e-reader untuk menyelamatkan banyak ruang.

Cara packing yang betul juga boleh memudahkan kerja. Letakkan barang yang sentiasa digunakan seperti kaca mata dan dokumen travel di bahagian paling atas dan barang berat yang tidak perlu digunakan selalu di bahagian paling bawah.

3. Kena Tempah? Tak Perlu Tempah?

Balik kepada isu spontan. Adakah anda merancang trip dan tempat penginapan sebelum berangkat atau akan cari setelah sampai? Jawapannya bergantung kepada penggunaan masa.

Adakah anda membuat trip 3 minggu di Perancis atau penerokaan Asia Tenggara selama 6 bulan? Kalau anda pergi untuk percutian pendek (2 bulan ke bawah), itinerari ringkas akan membantu anda memaksimumkan penggunaan masa sepanjang perjalanan.

Bagaimanapun, kalau anda mempunyai masa selama beberapa bulan, agak mustahil untuk anda melakukan perancangan rapi. Mungkin anda boleh menempah 2 atau 3 destinasi sebelum pergi.

Setelah itu, berikan diri anda peluang untuk menerokai sendiri apa yang ada di destinasi yang dilawati.

Travel Card

4. Guna Duit Dengan Bijak

Apabila anda memulakan perjalanan, anda akan mendapati yang duit mula menyusut dengan laju. Jangan risau.

Terdapat banyak cara untuk anda menjimatkan duit tanpa mengorbankan lawatan ke destinasi impian anda. Kalau anda mempunyai kad pelajar, jangan lupa untuk menunjukkannya sepanjang masa.

Ia mungkin membolehkan anda mendapat pas masuk secara percuma dan mendapat diskaun yang banyak untuk tempat-tempat tertentu.

Anda juga boleh memeriksa di websites seperti Student Beans untuk diskaun hebat semasa travel. Facebook pun boleh digunakan untuk tujuan ini. Banyak muzium seperti Reina Sofia di Madrid yang boleh dilawati secara percuma pada waktu petang.

Advertisment

5. Makan Makanan Tempatan

Anda akan melawat banyak tempat baru dan mahu mencuba banyak benda baru. Bagaimana cara menyediakan bajet untuk makanan yang sedap?

Walaupun memang seronok kalau dapat makan di restoran setiap hari, ia akan menyusutkan duit anda dengan sangat cepat.

Apa kata kalau anda hadkan satu sahaja makanan sedap untuk setiap lokasi? Kemudian, anda boleh mencuba makanan di jalan atau makanan menarik di pasar raya tempatan dan memasak di hostel.

Ia juga memberikan peluang untuk anda berkomunikasi dengan traveller yang lain.

Makan Dan Travel

6. Jangan Bazirkan Masa Perjalanan Yang Lama

Sangat mudah untuk anda membazirkan masa sepanjang perjalanan yang jauh dalam kereta api. Sebenarnya, masa inilah anda berpeluang merancang memori travel yang hebat.

Kalau orang yang duduk di sebelah anda peramah, anda boleh berborak dengannya. Kalau dia adalah orang tempatan, mereka boleh memberikan tip yang berguna sepanjang berada di sana.

Kalau tidak, anda boleh melukis atau menulis. Anda boleh membuat catatan nota tentang apa yang anda ingin lakukan atau perkara yang anda sudah lakukan, yang anda ingin kenang pada masa akan datang.

7. Bercakap Dengan Ramai Orang

Kalau anda hanya bercakap dengan orang yang datang dari tempat yang sama, pengalaman anda akan menjadi terhad.

Contohnya, anda mungkin sudah tahu macam-macam tentang Kuala Lumpur, Singapore atau Indonesia, tapi ia mungkin tidak begitu berguna kalau anda telah travel sekitar Balkan selama sebulan.

Sebahagian daripada keseronokan bercuti adalah kesukaran berbahasa dan belajar daripada ramai orang.

Sama juga, perbuatan mengelak daripada semua pelancong lain akan menghalang anda daripada mendatangkan nasihat travel yang bernas seperti restoran paling murah atau hotel yang mengadakan pesta terbaik.

Bercakap Dengan Ramai Orang

8. Gunakan Masa Dengan Sebaiknya

Anda akan meluangkan masa yang banyak berada di dalam kereta api dan bas sambil melihat pemandangan indah.

Apabila sampai ke destinasi, jadi bos bagi diri sendiri. Elakkan pengangkutan awam kalau anda rasa boleh berjalan kaki. Dengan berjalan kaki, anda akan dapat menerokai banyak benda yang tidak pernah anda lihat seperti street art yang cantik, kedai yang aneh dan café yang hebat.

Anda juga boleh menyewa basikal untuk sehari dan pergi meneroka apa yang tersedia untuk anda. Pergi ke sebanyak mana lokasi yang anda boleh sebelum anda perlu bergerak ke destinasi seterusnya.

9. Jangan Buat Orang Bosan

Ya, anda sudah merasai trip yang boleh dikatakan sempurna dan anda mempunyai banyak cerita romantik, pengembaraan dan keterujaan.

Tapi, untuk orang di rumah, ia agak menjengkelkan apabila terlalu banyak gambar dan perkembangan yang dimuatkan di media sosial. Kalau ada yang tanya, jawablah ‘Ia sangat menakjubkan.’.

Ingat, kalau mereka ingin tahu lebih lanjut, mereka akan bertanya lebih lanjut. Lagipun, anda bukan travel untuk berbangga-bangga. Memang tak perlu pun.

Jangan Buat Orang Bosan

10. Simpan Memori Anda

Anda sudah mengumpul beratus-ratus kertas, napkin, penutup botol, gambar, tiket dan banyak memori sepanjang percutian anda.

Apa kata kumpulkan mereka dan simpan dalam bentuk buku skrap? Kalau ada yang dalam bentuk digital, anda boleh buat video gambar, gambar bergerak, dan video dengan lagu untuk membuatkan trip anda seperti sound track.

Jangan lupa untuk mendapatkan cenderamata seperti kipas dari Andalusia atau kimono dari Tokyo. Boleh juga kita bercerita dengan lebih berkesan dengan adanya bukti pengembaraan anda ini.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.