10 Tempat Paling Menakutkan Untuk Bungee Jump

Jika anda rasakan Bungee Jump yang anda pernah sertai atau pernah tengok tidak mengoyangkan jantung anda, apa kata lihat 10 lokasi Bungee Jump ini.

Lihat video 10 tempat paling menakutkan untuk Bungee Jump ini.

 

  • Nombor 10. Jambatan Tinggi The Royal Gorge Suspension, Colorado, Amerika Syarikat. Jambatan itu sendiri adalah yang teringgi di Amerika dengan ketinggian 1000 kaki dari permukaan tanah, jika 1 jarak padang boleh sepak kelihatan mudah, maka cubalah yang ini.

 

  • Nombor 9. Jambatan Bloukrans, Cape Town, Afrika Selatan. Kebiasaanya 2 daripada 10 orang yang ingin mencuba akan membatalkan hasrat mereka. Bukan sahaja kerana ketinggian 700 kaki jambatan itu, tetapi yang juga mencabar kerana angin lintang yang kuat mengalunkan lagi cabaran.

 

  • Nombor 8. Menara Macau, China. Jika anda merasakan pemandangan indah dari sungai dan jurang memberikan anda fokus keatas kejutan adrenaline, cubalah lokasi ini. Dari ketinggian lebih 750 kaki terus jatuh ke kawasan letak kereta.

 

Advertisment

  • Nombor 7. The Last Resort, Kathmandu, Nepal. Tiada air tenang mengalir untuk menenangkan anda disini, sedangkan pelantaran Bungge Jump ini adalah dibina diatas sungai Bhote Koshi, satu-satunya kawasan liar yang sangat mencabar.

 

  • Nombor 6. Empangan Verzasca, Ticino, Switzerland. Jika cita-cita anda ingin mengatasi James Bond, inilah tempatnya. Rentetan pembukaan 1995 pengintipan thriller ‘Golden Eye’ telah difilemkan di sini. Setelah jatuh lebih 700 kaki, anda pasti terpegun.

 

  • Nombor 5. AJ Hackett Skypark Sochi, Sochi, Rusia. Kawasan ini adalah kombinasi perjalanan setinggi 650 kaki dari tanah dan dari permukaan jambatan yang beranjal terus melompat dari atas ke bawah. Para pelompat boleh memilih poin lompatan sendiri sepanjang ’18-hundred-foot walkway’.

 

  • Nombor 4. Empangan Kolnbrein, Malta, Carthinia, Austria. Peluang untuk melancarkan diri sendiri dari empangan itu lebih 500 kaki tinggi jarang berlaku dan pandanlah dengan keistimewaanya kerana ia adalah Bungee Jump yang paling mahal harganya.

 

  • Nombor 3. Taupo Bungy, Tasik Taupo, New Zealand. Bercakap tentang acara kemuncak , tempat ini memberikan pilihan untuk jatuh lurus ke dalam air ais sejuk di bawahnya. Kedalaman rendaman adalah boleh diubahsuai.

 

  • Nombor 2. Sky Breakers, Finland. Jambatan dan empangan yang besar, tetapi masalah utama adalah ia dibina dengan sangat tinggi. Terima kasih kepada pasukan pengurusan, peserta boleh melakukan push off terus dari belon udara panas yang terapung 6000 kaki di atas awan.

 

  • Nombor 1. Niouc Bridge, Switzerland. Sebaik sahaja anda telah menguasai terjunan dari jambatan yang bergoyang, pertimbangkan untuk melakukannya dalam gelap. mereka selalunya menawarkan acara pada waktu terangnya bulan pada waktu malam.

Jadi adakah anda berani mencubanya dan yang manakah menjadi senarai lompatan impian anda? Itu pun jika anda berani.

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.