Tips 10 Minit Pertama Sewaan Kereta Anda Semasa Travel

Jika kebanyakan kes kemalangan kenderaan adalah di jarak satu batu dari tempat berlepas atau ke destinasi, maka kebanyakan kemalangan sewaan kereta mestinya berlaku dalam tempoh beberapa ratus kaki dari tempat pengambilan kereta sewa.

Kita semua sudah melakukannya – Masuk ke dalam kereta sewa, hidupkan enjin dan menuju ke jalan raya. Kemudian, di tengah-tengah lalu lintas lapangan terbang yang agak sibuk dengan bas bergerak di sisi dan teksi menyelisih di tepi anda, anda pastinya merasa sedikit terganggu.

Anda mungkin memegang stereng dengan erat, tangan siap untuk menukar signal dan mata anda liar melihat cermin tepi, depan dan sesekali di tombol lampu, suis penghawa dingin dan butang radio.

Anda seolah-olah pemandu baru dan rasa cemas membuatkan anda tidak senang untuk melakukan pemanduan. Anda risau akan calar, mungkin juga kerosakan kecil yang boleh berlaku. Ini adalah panduan untuk anda ketika mula-mula mengambil kereta sewa anda:

Minit ke : 00:01 Sewaan Kereta


Semak sebarang kesan calar, rosak atau remuk. Jika ejen sewa kereta mengelilingi kereta anda untuk mengambil nota akan keadaan luaran kereta anda, anda juga harus melakukan hal serupa.

Saya amat jarang gagal menemui satu dua calar yang ejen tersebut terlepas pandang, dan jika mereka mereka meletakkan hal ini dalam tanggungan anda, anda juga harus melakukan hal serupa. Jangan takut untuk mengambil gambar menggunakan kamera atau telefn bimbit anda.

Minit ke : 01:01


Hidupkan enjin kereta. Meskipun ianya membazir minyak dan mencemarkan, tanpa disedari, memberikan waktu untuk kereta tersebut dipanaskan adalah tindakan bijak. Ini memberi peluang kepada anda untuk memastikan bahawa kereta sewa anda dalam keadaan baik, tidak semput dan tidak menghasilkan bunyi pelik.

Meskipun ramai yang peka memerhati akan kerosakan kecil seperti calar atau remuk supaya mereka tidak dikenakan caj semasa pemulangan kelak, mereka jarang memastikan samada kereta tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Minit ke 01:15


Cari dan hidupkan penghawa dingin anda. Di Malaysia, cuaca agak panas dalam bulan-bulan tertentu dan ada masanya hujan lebat, yang boleh menyebabkan kabus tebal dan mengaburi cermin kereta anda. Anda tentutnya tidak ingin kerosakan penghawa dingin menganggu kelancaran perjalanan anda.

Minit ke : 01:45


Rujuk peta anda. Kebanyakan tempat sewa kereta terletak di dalam laluan kawasan lapangan terbang yang lorong. Jika anda mengambil lorong yang salah, anda mungkin berada di kawasan mengambil bagasi.

Kebanyakan agensi-agensi sewa kereta akan memberikan anda peta lokasi tempat menyewa kereta; ambil dan rujuk peta tersebut, dan rangka laluan anda untuk keluar dari kawasan tersebut. Jika perlu, tanya keapda pegawai berdekatan yang boleh membantu anda.

Jika anda memiliki GPS, ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakannya. Namun sentiasa pastikan anda memiliki peta sebagai sokongan.

Minit ke : 04:15


Perbetulkan cermin anda. Seperti mana ketika ujian memandu dahulu, anda haruslah meneliti akan kesesuaian cermin tepi kiri dan kanan serta cermin di aas kepala anda. Jika anda ada teman, dia boleh membantu anda. Ini boleh mengurangkan rasa cemas anda kali pertama memandu di bandar lain.

Sewaan Kereta

Minit : 05:05


Pelajari akan radio kereta sewa anda. Meskipun radio bukanlah komponen penting dalam keselamatan memandu, ianya mungkin antara langkah penting. Malahan, banyak kemalangan adalah diakibatkan pemandu sedang membetulkan saluran radio berbanding menggunakan telefon bimbit.

Advertisment

(Dalam kes saya, satu kemalangan yang terjadi adalah apabila saya hampir melanggar kereta polis kerana sedang mencari pita kaset)

Untuk pendekatan lebih cepat, hidupkan radio, fikirkan bagaimana untuk menukar siaran ke dalam ingatan, cari butang dan hidupkan radio.

Saya menggalakkan anda untuk mengambil masa anda – meskipun pengkoperatan dan penghasilan radio sudah di seragamkan frenkuensinya. Kadangkala di tempat berbeza siaran tertentu tidak sama capaiannya.

Minit : 07:15


Cari butang kawalan tingkap. Seandainya anda berada di perhentian membayar tol dan anda harus mencari butang kawalan, dan pintu terbuka, wiper pula bergerak turun naik, dan cermin tingkap pula turun naik, anda mungkin boleh elakkannya menjadi malu dengan persediaan awal.

Minit : 07:30


Cari tolok atau butang isyarat untuk membelok. Ianya amat jelas kerana kita harus memberi isyarat ketika membelok, berundur dan sebagainya. Kedudukannya masih sama seperti dahulu, di bahagian kanan bersebelahan di belakang stereng namun anda masih perlu peka.

Minit : 07:45


Cari tolok kawalan untuk wipers. Mungkin anda hanya perlukan butang lampu apabila malam dan anda mungkin tidak bergerak pada saat gelap, namun ketika hujan, anda tentunya tidak ingin membuang masa mencari di mana butang-butang terlibat berada.

Minit : 08:00


Cari butang lampu. Ini adalah tugasan dua langkah.

  1. Cari suis on-off. Seandainya ada kereta polis menuju kepada anda dengan lampu berkelip agar anda menghidupkan lampu anda, adalahlah lebih baik anda menghidupkannya lebih awal berbanding kereta polis melalui anda lalu berpatah balik untuk meminta anda berbuat demikian.
  2. Semak samada anda menggunakan lampu tinggi atau rendah. Jika lampu tinggi, anda boleh menurunkannya. Ianya (lampu) juga amat berguna untuk memberi signal bahawa anda sedia untuk memotong, dipotong dan sebagainya.

Minit : 08:30


Cari punat untuk tangki minyak. Jangan memalukan diri anda dengan gagal mencari butang membuka tangki minyak ketika pertama kali mengisi minyak di stesen.

Minit : 09:00


Tekan gear kereta dan bergerak keluar.

Minit : 10:00


Masuk ke jalanraya

Minit : 10:15


Katakan,

“kat mana nak pergi? Dimana peta tadi? Bagaimana nak turunkan tingkap ni? Boleh awak perbetulkan tingkap tu:”

Ulang. Dah dapat? Ingat, ianya mungkin boleh menjadi lebih buruk lagi. Jadi sentiasa bersedia dan waspada.

 


Kredit : douglemoinekalleboo

Advertisment
CUMA SEMINGGU SEKALI
Dapatkan tips & info travel terus ke email anda
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi.